awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pekerja kantin disimbah asid dipercayai akibat cemburu
UMNO teruskan penubuhan Sekretariat Rumah Bangsa walaupun tanpa Pas
Kadar pertukaran AS$1 kini bawah RM4 buat pertama kali sejak Julai 2015
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar mahu pasukan khas perkukuh sistem audit negara

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
26/01/2026
03:30 MYT
Anwar mahu pasukan khas perkukuh sistem audit negara
Anwar turut menegaskan tindakan pengauditan perlu berorientasikan impak maksimum dan tidak boleh sekadar menjadi amalan rutin semata-mata. - Astro AWANI
PUTRAJAYA: Satu pasukan khas perlu diwujudkan bagi memperkukuhkan sistem audit negara bagi menutup sebarang ruang kebocoran dana awam di semua peringkat kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu antara syor dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara supaya tindakan pengauditan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan memberi kesan yang menyeluruh.
“Kalau kita kekal dengan pemikiran tahap pencapaian lama kita tidak akan ke mana-mana. Oleh itu, mesti ada satu keresahan yang secara positif bagaimana untuk memperbaiki.
“Jadi kita harus ada pasukan yang selalu memikir, merenung, mencari jalan untuk memperbaiki mana-mana ruang yang memungkinkan kebocoran berlaku, ruang yang memungkinkan tindakan itu agak lebih perlahan daripada biasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya pada Isnin.
Anwar turut menegaskan tindakan pengauditan perlu berorientasikan impak maksimum dan tidak boleh sekadar menjadi amalan rutin semata-mata, sebaliknya mesti memberi hasil yang lebih berkesan serta memberi manfaat kepada rakyat.
Menurutnya, proses pengauditan juga perlu dilaksanakan secara segera, pantas, tepat dan telus kerana kelewatan bertindak hanya akan membuka lebih banyak ruang kepada kebocoran.
“Kita tak boleh remehkan bagaimana audit itu dianggap kurang membebankan rakyat dan boleh mendekati mereka.
“Bagaimana boleh kita perkenalkan sistem baharu yang tidak dirasa terlalu mendekat dan terlalu mempersulitkan rakyat ini menuntut Ketua Audit dan seluruh keluarga Jabatan untuk mendekati memahami dan cuba menyatuni rakya,” katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#audit negara
#pasukan khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan