KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pemimpin pembangkang bahawa kerajaan berunding dengan China berhubung isu pertikaian kawasan cari gali minyak di Laut China Selatan ketika lawatan rasmi beliau ke republik itu baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata tuduhan itu adalah tidak benar dan Petronas terus melaksanakan projek cari gali di Laut China Selatan.
"Kebetulan China tuntut kawasan tengah laut itu. Saya jawab kepada pimpinan China, saya katakan kami terpaksa teruskan projek itu kerana ia berada di kawasan kami.
"Lautan bawah bidang kuasa Malaysia, jadi kita teruskan. Dia kata dia pun tuntut, tak mengapa kita akan teruskan tetapi mereka (pembangkang) pusing kata saya runding sebab kononnya projek (cari gali) tak jalan," katanya ketika berucap pada Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan di Masjid Ar-Rahah di sini hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor mengecam Anwar kerana dianggap cuai dalam membuat kenyataan berhubung isu Laut China Selatan.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan Malaysia akan meneruskan pendekatan diplomatik dalam hubungannya dengan negara lain termasuk China demi memastikan Laut China Selatan kekal aman, stabil dan selamat untuk laluan perdagangan.
Pendekatan ini selaras dengan peruntukan yang terkandung dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan antaranya penyelesaian konflik secara aman serta mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan seperti dipersetujui oleh negara anggota ASEAN dan China pada 2002.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi hari ini. - Foto BERNAMA
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi wajar dimanfaatkan syarikat tempatan - PM Anwar
Peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya.
Perluas industri halal Malaysia melangkaui pensijilan - PM
Perdana Menteri berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.
RM250,000 bagi latihan keusahawanan, digital anak muda Liga Muslim Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan meluluskan peruntukan awal sebanyak RM250,000 untuk tujuan latihan bidang keusahawanan dan digital untuk anak muda Liga Muslim Pulau Pinang.
Kerajaan MADANI berada pada landasan betul dengan dasar yang jelas - TPM
Kerajaan MADANI berada pada landasan yang betul dalam mentadbir negara dengan dasar yang jelas, kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.
PM Anwar hargai usaha, semangat tinggi dipamerkan petugas bencana banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai usaha dan semangat tinggi dipamerkan petugas bencana banjir yang bertungkus lumus membantu menguruskan kebajikan serta keperluan mangsa.
PM sifatkan pemimpin guna sentimen perkauman sebagai golongan dangkal
Perdana Menteri berkata golongan ini turut mencerminkan sikap mereka yang berfikiran sempit dan berniat untuk menyemai kebencian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Gencatan senjata di selatan Lubnan elak lebih banyak keganasan, serangan - PM Anwar
Perjanjian gencatan senjata di Selatan Lubnan yang berkuat kuasa semalam akan mengelakkan lebih banyak keganasan dan serangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia berpeluang perluas keyakinan pelabur untuk terus pilih ASEAN - PM Anwar
Selaku Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia berpeluang mengembangkan keyakinan pelabur untuk terus memilih ASEAN sebagai destinasi utama pelaburan.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Anwar berkata negara kehilangan seorang tokoh dan permata seni yang begitu besar jasanya dalam memperkaya landskap muzik tanah air.