Skip to main content

Malaysia

Anwar pengerusikan mesyuarat MTPMA63 pagi ini

Foto Shahir
Anwar juga akan melawat Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Kebakaran Kampung Numbak di Dewan Serba Guna Damai pada 1.50 tengah hari. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Advertisement

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pagi ini.

Mesyuarat yang dijadual bermula 8.30 pagi itu merupakan agenda utama dalam siri lawatan Perdana Menteri ke negeri ini, dan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau kemudian dijadual menunaikan solat Jumaat bersama komuniti setempat di Masjid Jamek Kampung Likas pada 12 tengah hari.

Anwar juga akan melawat Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Kebakaran Kampung Numbak di Dewan Serba Guna Damai di sini pada 1.50 tengah hari.

Sesi berkenaan bagi meninjau secara dekat keadaan serta kebajikan penduduk yang terjejas akibat insiden kebakaran di kampung berkenaan.

Pada 30 Ogos lepas, kebakaran itu memusnahkan kira-kira 200 rumah atas air, dengan tiga mangsa ditemukan rentung.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement