awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar sahabat baik Palestin - PCOM

Bernama
Bernama
25/11/2022
23:40 MYT
Anwar sahabat baik Palestin - PCOM
Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 Malaysia pada Khamis. - Foto PMO
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sokongan beliau terhadap hak rakyat Palestin sentiasa dihargai.
Pengerusi PCOM, Muslim Imran dalam satu kenyataan berkata pertubuhan itu berharap dapat bekerjasama dengan Anwar bukan sahaja untuk membangunkan hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara tetapi juga usaha bersama demi keamanan dan persahabatan rakyat kedua-dua negara.
"Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam memikul tanggungjawab dan cabaran baharu. Kami memuji kesediaan anda untuk berkhidmat kepada rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan lebih cerah dan baik," kata Muslim.
Beliau berkata Anwar sentiasa menyokong rakyat Palestin dan menjadi sahabat baik Palestin dan perjalanan panjang serta kesukaran untuk berada di kedudukan ini memberi inspirasi kepada rakyat Palestin.
PCOM juga menekankan kepentingan meningkatkan kerjasama pelbagai bidang antara Palestin dan Malaysia berdasarkan hubungan luar biasa, sokongan dan persaudaraan.
"Kami mendoakan (Anwar) dan rakyat Malaysia dikurniakan kesihatan, kejayaan, keamanan, kestabilan, kemajuan dan kemakmuran," kata Muslim.
Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 Malaysia pada Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Palestin
#PM10
#PCOM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan