awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar sakit belakang, Azizah batal hadir ke majlis Aidilfitri

Firdaus Azil
Firdaus Azil
23/06/2018
14:48 MYT
Anwar sakit belakang, Azizah batal hadir ke majlis Aidilfitri
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dijemput melawat beberapa negara untuk berkongsi kisah kejayaan Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan persekutuan. - Foto fail
Kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah ke Majlis Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Taman Medan dan Parlimen Petaling Jaya malam ini terpaksa dibatalkan ekoran suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa dikejarkan ke hospital akibat sakit di bahagian bahu dan tulang belakang.
Ketika majlis anjuran ADUN Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri, dan ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah itu berlangsung, pengacara majlis membuat pengumuman bahawa Presiden PKR itu tidak dapat hadir ekoran masalah tulang belakang suaminya agak serius.
Difahamkan Anwar baru sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur lewat petang ini, selepas mengadakan lawatan ke beberapa negara termasuk Turki, bagi berkongsi kisah kejayaan Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum baru-baru ini, seterusnya membentuk kerajaan persekutuan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke hospital. Beliau dalam kesakitan. Kemungkinan berkaitan dengan sakit belakang yang dialaminya sejak beberapa tahun yang lalu. #Pray4Anwar pic.twitter.com/985PFIKDuo
— Anwar Ibrahim Supporters (@DSAIsupporters) June 23, 2018
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, dalam satu kenyataan akhbar lewat malam ini berkata, Anwar telah dibawa ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk pemeriksaan lanjut.
“Beliau dibawa ke PPUM kerana mengadu kesakitan di bahu serta bahagian belakang selepas pulang dari Turki. Walau bagaimanapun, keadaan kesihatan beliau stabil,” kata Fahmi.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Aidilfitri
#Anwar Ibrahim
#Hospital
#kerajaan
#Kuala Lumpur
#Maria Chin
#Maria Chin Abdullah
#Pakatan Harapan
#pilihan raya umum
#PKR
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan