awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia

Bernama
Bernama
27/02/2025
04:50 MYT
Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia
Anwar (tengah) mengadakan perbincangan dua hala bersama Shoigu (empat, kiri) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Sergei Shoigu di Perdana Putra di sini hari ini, untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu keselamatan dan pertahanan.
Ketibaan Shoigu di bangunan yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri itu kira-kira pukul 10.15 pagi dimulakan dengan Kawalan Kehormatan Setempat daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
Shoigu kemudian menandatangani buku pelawat sebelum mengadakan pertemuan dengan Anwar.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Duta Besar Rusia ke Malaysia Nail Latypov.
Tahun lepas, Anwar mengadakan lawatan ke Rusia untuk menghadiri forum ekonomi dan berucap bersama-sama Presiden Vladimir Putin.
Pada 2023, Rusia merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah, dengan jumlah dagangan dua hala meningkat sebanyak 15.6 peratus tahun ke tahun kepada RM14.22 bilion (US$3.1 bilion), berbanding RM12.3 bilion (US$2.79 bilion) yang direkodkan pada 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#Rusia
#Sergei Shoigu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan