Skip to main content

Malaysia

Anwar tiba di SICC pengerusikan mesyuarat MTPMA63 2026

https://www.sinarharian.com.my/article/795804/berita/nasional/anwar-tiba-di-sicc-kota-kinabalu-pengerusikan-mtpma63
Anwar berada di Sabah bagi lawatan dua hari bermula semalam dengan beberapa program rasmi dijadualkan sepanjang lawatan beliau ke negeri ini. - Foto Sinar Harian
Advertisement

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada 8.16 pagi bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026.

Anwar tiba bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dengan menaiki kenderaan yang sama sebelum memasuki pusat konvensyen berkenaan.

Turut hadir Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud.

Mesyuarat berkenaan dijadualkan bermula pada 8.30 pagi dengan Sabah menjadi tuan rumah bagi pertemuan itu.

Mesyuarat MTPMA63 adalah antara platform penting bagi membincangkan perkembangan pelaksanaan perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya yang melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak.

Anwar berada di Sabah bagi lawatan dua hari bermula semalam dengan beberapa program rasmi dijadualkan sepanjang lawatan beliau ke negeri ini.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement