awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar tidak faham perlembagaan Selangor - Noh

Bernama
Bernama
23/07/2014
00:27 MYT
Anwar tidak faham perlembagaan Selangor - Noh
NOH: Anwar tidak faham perlembagaan Selangor. - Gambar fail
Tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menunjukkan beliau seorang yang tidak memahami perlembagaan negeri.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan ketua pembangkang itu juga menunjukkan seolah-olah beliau mempunyai kuasa penuh dalam menentukan kedudukan menteri besar dan menguasai PAS dan DAP.
Beliau berkata untuk menukar menteri besar perlu ada dua perkara iaitu menteri besar ketika ini (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) secara sukarela meletak jawatan selain undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kita lihat Abdul Khalid sampai sekarang cakap beliau tidak akan meletak jawatan dan pada masa sama kita lihat kenyataan pemimpin parti politik dalam Pakatan Pembangkang juga bercanggah antara satu sama lain," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Program Ihya Ramadan iM4U yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Manggis, Banting pada Selasa.
Pada Isnin, PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid yang memegang jawatan itu sejak 2008.
Keputusan itu diumumkan Anwar pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dekat sini, selepas mesyuarat majlis pimpinan pusat parti.
Abdul Khalid dalam satu kenyataan pada Selasa bagaimanapun berkata walaupun menghormati keputusan itu beliau berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian menteri besar.
Abdul Khalid berkata setakat ini beliau akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan rakyat Selangor yang memilihnya melalui proses pemilihan yang sah.
Mengulas lanjut, Noh berkata pertukaran menteri besar di Selangor tidak boleh disamakan dengan apa yang berlaku di Terengganu berikutan negeri itu (Terengganu) mempunyai dua parti utama dalam DUN iaitu BN dengan 17 kerusi dan PAS (14) manakala Selangor mempunyai empat parti iaitu PAS dengan 15 kerusi, DAP (15), PKR (14) dan BN (12).
"Ertinya adakah 56 Adun di Selangor telah buat keputusan siapakah yang akan menjadi menteri besar? Kita lihat Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad seperti menyokong Abdul Khalid dan Naib Pengerusi DAP negeri Datuk Teng Chang Khim pun nampak sokong beliau (Abdul Khalid).
"Ini menunjukkan apa yang berlaku di Selangor hanyalah gimik politik semata-mata dan membuktikan Pakatan Pembangkang lebih mementingkan politik daripada menjaga kebajikan rakyat," katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar
#Menteri Besar
#Noh
#Perlembagaan
#Selangor
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan