awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar ucap tahniah kapal angkasa India mendarat di kutub selatan bulan

Bernama
Bernama
24/08/2023
04:32 MYT
Anwar ucap tahniah kapal angkasa India mendarat di kutub selatan bulan
India menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai. - Gambar/ AP
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri India Narendra Modi dan rakyat negara itu atas kejayaan mendaratnya pesawat angkasa India, Chandrayaan-3, di kutub selatan bulan semalam.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri berkata Malaysia turut berbangga atas pencapaian itu yang belum pernah diterokai oleh sesiapa dan menyifatkan ia juga kejayaan buat Asia.
"India kini telah menawan bulan dan saya melihat kejayaan ini tidak hanya kejayaan India semata tetapi juga kejayaan buat Asia dan segenap warganya.
"Malaysia turut berbangga atas pencapaian ini dan ternyata ini adalah 'The Asian Century'. Tahniah India!," menurut hantaran itu.
Semalam, India menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai.
Misi ke bulan oleh Chandrayaan-3 telah dilancarkan pada 14 Julai lepas.
Modul pendaratnya terpisah daripada sistem pendorongan beberapa hari dan pendaratan "lancar" atau terkawal, bermula pada 5.44 petang waktu India pada Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#kapal angkasa
#bulan
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan