Skip to main content

Malaysia

Apa hadiah dari kerajaan buat penjawat awam?

41661839044_AmanatPerdanaPerkh.jpg
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa inisiatif baharu buat penjawat awam, ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Putrajaya, hari ini.

Inisiatif yang diumumkan adalah seperti berikut:
  • KADAR maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpul bagi tujuan award wang tunai (GCR) dinaikkan daripada 160 hari ke 180 hari.
  • KGT tambahan khas sebanyak RM100 itu adalah bagi penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023, yang akan melibatkan kira-kira 1.28 juta penjawat awam serta implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.
  • BKK Tahun 2023 kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan dibayar pada Januari 2023.
  • KADAR Cuti Rehat Khas lima hari untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat lebih 10 tahun ditambah.
  • KEMUDAHAN cuti tanpa rekod penjawat awam diperluas, merangkumi kematian adik-beradik, nenek dan datuk.

[TERKINI] Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18


Advertisement

Must Watch Video