Cuba teka…Apo Bondo Eh Ni?
Soalan sebegini pasti pernah menyinggah facebook ‘newsfeed'’ anda atau mungkin di beberapa platform media sosial lain. Itu sebenarnya adalah obsesi rakan-rakan media sosial anda terhadap aplikasi ‘Apo Bondo Eh Ni?’. Dan itu adalah cara pemain memohon bantuan untuk ke peringkat atau ‘level’ yang seterusnya. Trend permainan ‘Guess the Emoji’ kini telah menular kepada versi tempatan.
Bulan Ramadan bukan sahaja bulan untuk menunaikan ibadah dengan memenuhi rukun Islam ke-3 tetapi bagi kebanyakkan usahawan muda, bulan Ramadan adalah peluang menjana pendapatan. Kalau usahawan lain sibuk dengan projek kuih raya & baju raya, pembangun aplikasi seperti Fiction Labs, bulan ini mereka sibuk mengaturcara episod terbaharu bagi aplikasi ‘Apo Bondo Eh Ni?’ edisi khas Ramadan.
Bulan Ramadan bukan sahaja bulan untuk menunaikan ibadah dengan memenuhi rukun Islam ke-3 tetapi bagi kebanyakkan usahawan muda, bulan Ramadan adalah peluang menjana pendapatan. Kalau usahawan lain sibuk dengan projek kuih raya & baju raya, pembangun aplikasi seperti Fiction Labs, bulan ini mereka sibuk mengaturcara episod terbaharu bagi aplikasi ‘Apo Bondo Eh Ni?’ edisi khas Ramadan.
Aplikasi teka emoji ‘Apo Bondo Eh Ni?’ versi Bahasa Melayu yang #kinitrending akhirnya diterbitkan lagi untuk episod ke-4.
Apo Bondo Eh Ni? yang dibangunkan oleh Fiction Labs sebuah syarikat teknologi & kreatif bumiputera berjaya mengungguli carta permainan percuma sejak ia dilancarkan pada 30 Mac di Play Store untuk pengguna Android dan juga App Store bagi pengguna Apple.
Menurut Muhammad Amjad Hashim, Pengarah Urusan Fiction Labs, episod pertama ‘Apo Bondo Eh Ni?’ mengumpul antara 100,00 sehingga 150,000 muat turun hanya dalam masa 3 minggu ia dilancarkan. Dua minggu kemudian, muat turun aplikasi ini naik mendadak sehingga 300,000!
“Untuk sumber pulangan terbahagi kepada dua, jika dari segi ‘ratio’nya, 20% datang daripada pengiklanan dan 80% datang daripada pembelian di dalam aplikasi ini atau ‘in apps purchase’..” kata Pengarah Teknikal Fiction Labs, Azrul Anuar.
Istimewa buat pengguna yang fanatik dengan aplikasi ini, difahamkan ‘Apo Bondo Eh Ni?’ edisi Ramadan bakal menawarkan beberapa promosi termasuk pembelian ‘coins’ & soalan bonus yang boleh memberikan ‘coins’ tambahan secara percuma kepada pemain.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ‘Apo Bondo Eh Ni?’ edisi Ramadan & juga mengenali syarikat pembangun aplikasi tempatan ini, tonton rancangan ‘Bisnes Alternatif – Ramadan Enterprise’ episod pertama yang bakal ke udara pada Sabtu ini (5 Julai 2014) jam 9:45 pagi.
Oh, ya..tentu anda masih tertanya-tanya apakah jawapan bagi soalan pada tweet di atas. Jawapannya adalah ANUGERAH PLATINUM =)