Ia merupakan vintaj Datuk Seri S. Vellu kecuali kali ini, dia tidak mengkritik dan menentang pemimpin yang difikirkannya sebagai 'musuh' politiknya dalam MIC tetapi pengganti yang dipilihnya sendiri
sebagai presiden parti.
Penyokong Datuk Seri G. Palanivel membantah berhubung satu temu bual yang diberikan kepada akhbar Sunday Star yang menurut mereka satu serangan kasar ke atas Palanivel yang dididik sendiri oleh Samy Vellu lebih 20 tahun sehingga beliau mengambil alih pimpinan parti pada 2010 apabila ahli politik veteran itu berhenti selepas 30 tahun menjadi presiden.
Ia merupakan kenyataan Samy Vellu yang di luar peraturan dan batas biasa yang menaikkan kemarahan penyokong Palanivel dengan sesetengahnya bertanya: "
Selepas mentadbir parti dengan keras selama tiga dekad, beliau sepatutnya memainkan peranan sebagai negarawan yang dihormati".
Antara lain dalam temu bual itu, beliau mengecam Palanivel dan juga kesal kerana menentang bekas timbalan presidennya Tan Sri S. Subramaniam.
" Saya bawa seorang lelaki yang entah dari mana asalnya. Saya membentuknya; saya beri beliau keberanian, saya jadikannya seorang timbalan kerana pada masa itu kami bergaduh dengan Subramaniam.
" Sekarang saya sedar tiada sebab untuk berlawan (dengan Subramaniam).. Saya perkenalkan dia (Palanivel) ke mana sahaja saya pergi di seluruh negara. Saya buat semua kerja dan menaikkan pangkatnya. Beliau menjadi presiden. Dari hari dia menjadi presiden, saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan MIC. Beliau tidak bercakap banyak dengan saya atau menelefon saya".
Menjawab satu soalan, Samy Vellu berkata beliau tidak menelefon Palanivel kerana dia kini adalah orang biasa.
Beliau terus mengungkit lagi dengan berkata: " Bagaimana saya boleh menghubungi orang yang sebegitu besar?".
Palanivel, merupakan rakan penulis ini selama lebih 10 tahun sebagai rakan editor di Bernama sehingga dia menjadi setiausaha akhbar Samy Vellu pada 1987, enggan mengulas.
Tetapi anggota dalaman parti memberitahu Bernama dia amat kecewa berhubung "penghinaan paling pedih" dari bekas ketuanya sejak ia mengambil alih, beliau merupakan "operator berprofil rendah tetapi kuat dalam menggerakkan alasan" untuk mendapatkan semula sokongan kepada parti daripada anggota di peringkat akar umbi.
Mereka menyebut sebagai contoh pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan minggu lepas di mana Palanivel turun padang selama 13 hari menggerakkan undi kaum India dan membawa kepada kejayaan Barisan Nasional merampas semula kerusi Parlimen itu daripada DAP.
"Beliau sepatutnya tidak mengutuk presiden parti," kata seorang pegawai kanan MIC.
Gaya kepimpinan Palanivel begitu berbeza sekali dengan gaya Samy Vellu yang suka berkonfrontasi dan secara diktator yang berakhir dengan kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum 2008 apabila Samy Vellu dan Palanivel hilang kerusi Parlimen mereka.
Orang dalaman parti itu berkata Samy Vellu sepatutnya berpegang kepada hakikat bahawa kepimpinan sekarang mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan bagi membaiki kerosakan yang telah berlaku semasa pentadbirannya.
"Sepatutnya, dia perlu memberikan sokongan terbuka beliau kepada Palanivel dan menerima kenyataan MIC tidak boleh terus beroperasi mengikut cara beliau mentadbir parti sebelum ini. Landskap politik telah banyak berubah berbanding semasa beliau memimpin," kata pegawai kanan itu.
Beliau menafikan sindiran Samy Vellu dalam temu bual itu bahawa parti itu mengabaikan beliau dan tidak tahu adat seperti yang layak diperolehnya.
"Malah pada majlis-majlis MIC, yang dihadiri perdana menteri, Palanivel akan memastikan Samy Vellu duduk di sebelah PM," kata pegawai itu.
Sejak Palanivel mengambil alih, banyak pemimpin dan anggota yang meninggalkan MIC sebagai tanda bantahan ke atas kepimpinan Samy Vellu telah menyertai semula parti itu, katanya.
Seperti yang dilaporkan kolumnis The Star Baradan Kuppusamy, penyokong Palanivel mahu Samy Vellu berhenti daripada campur tangan dalam urusan MIC dan memberi perhatian kepada tugas baharunya sebagai duta perniagaan ke Asia Selatan.
Membandingkan gaya kepimpinan antara kedua-dua lelaki itu, Baradan menulis:"
MIC tidak biasa dengan contoh gaya kepimpinan Palanivel -- mereka masih terbiasa dengan gaya naungan bergemuruh Samy Vellu yang memarahi, memeluk dan menyanyikan lagu-lagu dan secara terbuka mendisiplinkan anggota parti.
"Sebaliknya, Palanivel lebih sistematik, teratur dan cermat".
Dan pegawai itu bertanya: " Apa lagi Samy Vellu mahu?".-- BERNAMA
Azman Ujang
Thu Jun 05 2014
AZMAN: Selepas mentadbir parti dengan keras selama tiga dekad, beliau sepatutnya memainkan peranan sebagai negarawan yang dihormat.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Bekas Pengerusi Bernama Azman Ujang terima anugerah berprestij Jepun
Anugerah tersebut atas sumbangan beliau dalam mempromosi perasaan saling menghormati serta memahami antara Jepun dan Malaysia.
Lee sambut baik agenda laluan motosikal dalam RMK-12
Tan Sri Lee Lam Thye berkata, laluan motosikal amat diperlukan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Terus sokong akhbar - Azman Ujang
Media kini merupakan bidang amat mencabar susulan ledakan atau transformasi dalam teknologi maklumat.
Kempen kurangkan kemalangan motosikal perlu dipertingkat
Kempen kesedaran itu perlu kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Nahas bas: Cadangan guna tali pinggang keledar, tiada perjalanan malam
Kemalangan bas ekspres yang meragut 14 nyawa sehari sebelum sambutan Krismas semalam bagaikan siri tragedi membabitkan pengangkutan awam setiap kali musim perayaan.
Apa lagi Samy Vellu mahu?
Penyokong G. Palanivel membantah berhubung satu temu bual yang diberikan kepada akhbar Sunday Star yang menurut mereka satu serangan kasar ke atas Palanivel yang dididik sendiri oleh Samy Vellu.