KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang adalah antara tujuh rakyat Malaysia hari ini yang menerima pingat kebesaran daripada Kerajaan Jepun.
Azman dianugerah 'The Order of the Rising Sun, Gold Rays with Neck Ribbon' atas sumbangan beliau dalam mempromosi perasaan saling menghormati serta memahami antara Jepun dan Malaysia.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Jepun di sini memaklumkan penganugerahan itu adalah pengurniaan pingat kebesaran bagi musim luruh 2021.
Katanya sejak 50 tahun lepas, sebagai wartawan, Azman telah memberikan sumbangan yang begitu besar dalam usaha memperkukuh hubungan antara Jepun dan Malaysia.
"Semasa Perdana Menteri ketika itu (Tun Dr) Mahathir Mohamad mempromosi Dasar Pandang Ke Timur, Datuk Azman menemu bual rakyat dan syarikat Jepun di Malaysia serta telah menulis beberapa artikel yang memperkenal etika kerja dan kecekapan tinggi Jepun.
"Malah selepas menyandang jawatan Pengerusi Bernama, Datuk Azman aktif menemu bual individu seperti pegawai kanan kerajaan Jepun yang melawat Malaysia dan Duta Besar Jepun untuk melaporkan bagaimana bantuan serta pelaburan Jepun telah menyokong pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia," katanya.
Kenyataan itu menyebut turut menerima pingat kebesaran Kerajaan Jepun ialah Pengerusi Kumpulan Ambank Tan Sri Azman Hashim (The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman (The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star) dan bekas Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Shaharuddin Md Som (The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star).
Penerima lain ialah bekas Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar (The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star), bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman (The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star) dan bekas Presiden Persatuan Bahasa Jepun Malaysia Edward Lee Chee Peng (The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Rays).
Menurut kenyataan itu, Pengarah Ueda Plating (M) Sdn Bhd Aoki Hiroshi pula dianugerah pingat kebesaran 'The Order of the Rising Sun, Silver Rays' manakala bekas Ketua Guru Bahasa Jepun AAJ (Program Persediaan Khas untuk memasuki universiti Jepun), Pusat Pengajian Asasi Sains Universiti Malaya iaitu Watanabe Junichi menerima 'The Order of the Sacred Treasure, Gold Rays and Rosette.'
Azman, yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarang dan Pengurus Besar Bernama, berkata beliau amat berbesar hati menerima anugerah berprestij itu serta pengiktirafan daripada Kerajaan Jepun.
Sepanjang kerjayanya sebagai wartawan dan kini selepas bersara, beliau sentiasa bersemangat dalam melaporkan hubungan erat yang terjalin antara Jepun dan Malaysia terutama dalam bidang perniagaan serta ekonomi.
"Jepun adalah antara negara yang terawal dan masih kekal sebagai antara pelabur asing terbesar di Malaysia yang sumbangannya kepada ekonomi kita amat mengagumkan serta luar biasa.
"Saya juga amat bertuah kerana menerima layanan mesra daripada Duta-Duta Besar Jepun yang berkhidmat di Malaysia. Saya juga melihat anugerah ini sebagai satu pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan Bernama dalam menjalin serta memupuk hubungan dua hala yang sebegini kukuh," katanya kepada Bernama.
Azman juga berkata memandangkan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur Malaysia jatuh pada tahun depan, adalah tepat pada masanya untuk terus mengingatkan rakyat negara ini betapa banyak nilai murni dan budaya kerja yang boleh dan harus dipelajari daripada rakyat Jepun terutama amalan tanpa kompromi mereka berkaitan ketepatan masa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021

Sejak 50 tahun lepas, Azman (gambar) telah memberikan sumbangan yang begitu besar dalam usaha memperkukuh hubungan antara Jepun dan Malaysia. - Foto Bernama

Sudan isytihar Ketua UNITAMS sebagai 'persona non grata'
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres telah dimaklumkan mengenai keputusan untuk mengisytiharkan Volker Perthes, sebagai "persona non grata".

KPWKM rancang bangunkan pangkalan data pengasuh
Pada masa ini, masih tiada platform atau pusat rujukan bagi ibu bapa memilih pengasuh yang dikehendaki.

Siasatan seleweng RM2.3 bilion dana negara: SPRM beku akaun bank RM39 juta
Akaun bank berjumlah lebih RM39 juta termasuk milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka telah dibekukan.

#PE3: 'Ini orang yang saya sayang' - Air mata Zizan jatuh dek fenomena Polis Evo 3
Reaksi Zizan turut mendapat balasan sedih daripada Sam yang dilihat turut mengesat air matanya.

Aidiladha: Jualan tiket tambahan kereta api ke Pantai Timur bermula malam ini
Jualan tiket tambahan bagi perkhidmatan Tren Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) ke Pantai Timur sempena Hari Raya Aidiladha dibuka mulai 8 malam ini.

Hafidz bakal sahkan status hubungan dengan Athira selepas bercerai
Ditanya mengenai dakwaan berkelakuan seperti seorang yang psiko, Hafidz berkata dia tidak menghiraukan tuduhan netizen.

Kuarters, rumah ketua balai polis atas tanah gereja di Kamunting akan diroboh
Tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lot 784 di Kamunting, Taiping telah dimiliki The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak tahun 1883, kata Ketua Polis Perak.

Dakwaan rogol, Lubnan panggil balik dutanya ke Perancis
Menurut Kementerian Luar Lubnan, Rami Adwan akan ke Beirut selepas satu pasukan dihantar ke Kedutaan Lubnan di Paris untuk menyiasat kes itu.

Kerajaan teruskan subsidi ayam dan telur mulai bulan depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.

Serangan pisau Perancis: 'Tiada petunjuk motif pengganas' - Pendakwa Raya
Suspek lelaki adalah pelarian gelandangan yang tiba di Annecy pada musim luruh tahun lalu, dan kini dalam tahanan polis.

Bekas Pengerusi Bernama Azman Ujang terima anugerah berprestij Jepun
Anugerah tersebut atas sumbangan beliau dalam mempromosi perasaan saling menghormati serta memahami antara Jepun dan Malaysia.

Lee sambut baik agenda laluan motosikal dalam RMK-12
Tan Sri Lee Lam Thye berkata, laluan motosikal amat diperlukan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Terus sokong akhbar - Azman Ujang
Media kini merupakan bidang amat mencabar susulan ledakan atau transformasi dalam teknologi maklumat.

Kempen kurangkan kemalangan motosikal perlu dipertingkat
Kempen kesedaran itu perlu kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Nahas bas: Cadangan guna tali pinggang keledar, tiada perjalanan malam
Kemalangan bas ekspres yang meragut 14 nyawa sehari sebelum sambutan Krismas semalam bagaikan siri tragedi membabitkan pengangkutan awam setiap kali musim perayaan.

Apa lagi Samy Vellu mahu?
Penyokong G. Palanivel membantah berhubung satu temu bual yang diberikan kepada akhbar Sunday Star yang menurut mereka satu serangan kasar ke atas Palanivel yang dididik sendiri oleh Samy Vellu.