Kempen keselamatan jalan raya perlu dipertingkat dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal, kata Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang.
Jelasnya, kempen kesedaran itu perlu kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal yang kini dilaporkan mencecah 5,000 kematian setahun.
Katanya kemalangan membabitkan motosikal juga melibatkan kesan besar seperti kehilangan anggota keluarga dan sumber pencarian rezeki, selain syarikat insurans juga perlu menanggung bayaran ganti rugi yang tinggi kepada mangsa kemalangan.
"Perbincangan boleh diadakan (antara pihak berwajib) dalam mencari jalan untuk mengurangkan had laju motosikal. Kerana di Malaysia, ada segelintir penunggang motosikal yang bukan sahaja tidak mempedulikan lampu merah dan memandu terlalu laju tetapi juga tidak mengendahkan apa-apa peraturan keselamatan.
"Ini berbeza di Vietnam yang mempunyai bilangan penunggang motosikal yang jauh lebih tinggi daripada kita, tetapi masih berdisiplin dan pandu dengan perlahan. Menurut rakan saya di sana, ini kerana mereka tidak mahu terbunuh dan meninggalkan keluarga tanpa tempat bergantung," katanya.
Azman berkata demikian kepada Bernama News Channel sewaktu ditemui pada majlis penyampaian cek dan sumbangan kepada waris wira-wira bomba tragedi lemas di Puchong, Selangor pada 3 Okt lepas, di sini, pada Rabu.
Pada majlis itu, jurucakap sebuah badan bukan kerajaan, Safety Horizons, Samad Rahim berkata sebanyak RM50,000 berjaya dikutip ahli badan itu dan syarikat-syarikat yang tampil memberi sumbangan kepada waris wira-wira bomba berkenaan.
Pada 3 Okt lepas, enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Shah Alam, lemas ketika terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 24 2018

Azman berkata, di Malaysia, segelintir penunggang motosikal bukan sahaja tidak mempedulikan lampu merah dan memandu terlalu laju tetapi juga tidak mengendahkan peraturan, berbeza dengan penunggang di Vietnam yang berdisiplin. - Gambar hiasan

Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.

Bursa Malaysia pulih daripada penurunan 2 hari berturut-turut
Bursa Malaysia pulih daripada penurunan dua hari berturut-turut untuk ditutup tinggi sedikit hari ini seiring dengan aliran meningkat di bursa serantau, kata seorang penganalisis.

Ini penghinaan daripada orang yang sangat hina - Bell Ngasri
Menurut Bell, wanita berkenaan terlalu mencuba untuk menjadi kelakar sehingga tidak memikirkan bahan jenaka yang ingin dipersembahkan.

PAU2023: UMNO lulus pindaan perlembagaan mudahkan permohonan keahlian baharu
Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi permohonan keahlian baharu.

Dua lelaki ditahan edar dadah guna teksi, e-panggilan
Polis telah menahan suspek pertama yang memandu sebuah teksi, dipercayai bertindak sebagai 'penghantar' di sekitar Kelana Jaya.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir
Aaron-Wooi Yik, akan membuat perhitungan menentang beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chan, esok, dalam merebut tempat ke final.

2 pelajar kritikal, 18 dirawat di hospital minum air campur spirit ganti arak
Dua pelajar kritikal manakala 18 lagi menerima rawatan selepas meminum minuman berkarbonat yang disyaki dicampur dengan spirit di Pitas.

Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu , Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkuatkuasa 1 Julai depan sehingga 30 Jun 2028.

Sudan isytihar Ketua UNITAMS sebagai 'persona non grata'
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres telah dimaklumkan mengenai keputusan untuk mengisytiharkan Volker Perthes, sebagai "persona non grata".

Kerajaan teruskan pengecualian duti setem pemilikan rumah pertama i-MILIKI
Pengecualian duti setem 75 peratus turut diberikan bagi pembelian rumah pertama yang berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta.

Bekas Pengerusi Bernama Azman Ujang terima anugerah berprestij Jepun
Anugerah tersebut atas sumbangan beliau dalam mempromosi perasaan saling menghormati serta memahami antara Jepun dan Malaysia.

Lee sambut baik agenda laluan motosikal dalam RMK-12
Tan Sri Lee Lam Thye berkata, laluan motosikal amat diperlukan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Terus sokong akhbar - Azman Ujang
Media kini merupakan bidang amat mencabar susulan ledakan atau transformasi dalam teknologi maklumat.

Kempen kurangkan kemalangan motosikal perlu dipertingkat
Kempen kesedaran itu perlu kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Nahas bas: Cadangan guna tali pinggang keledar, tiada perjalanan malam
Kemalangan bas ekspres yang meragut 14 nyawa sehari sebelum sambutan Krismas semalam bagaikan siri tragedi membabitkan pengangkutan awam setiap kali musim perayaan.

Apa lagi Samy Vellu mahu?
Penyokong G. Palanivel membantah berhubung satu temu bual yang diberikan kepada akhbar Sunday Star yang menurut mereka satu serangan kasar ke atas Palanivel yang dididik sendiri oleh Samy Vellu.