SHAH ALAM: "Apa yang kamu dah buat, jumlah (rasuah) makin lama makin tinggi, alasan kamu bertindak demi membantu syarikat tidak boleh diterima, kerana ia sebenarnya untuk kamu sendiri," kata Hakim Rozilah Salleh sebelum menjatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM20,000 terhadap tertuduh, Wan Kamarulbahri Wan Roslan, di mahkamah sesyen di sini pada Selasa.
Wan Kamarulbahri, 38, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, menggunakan dokumen palsu bagi pelantikan subkontraktor isterinya, tiga tahun lalu.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula Selasa dan jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara selama enam bulan.
Mengikut pertuduhan, bekas pengurus syarikat pengangkutan itu didakwa dengan curangnya telah menggunakan surat permohonan Syarikat Kay R Resources (M) Sdn Bhd bertarikh 20 Ogos 2019 sebagai tulen.
Ia bagi mendaftar sebagai subkontraktor pengangkutan kepada FGV Transport Services Sdn Bhd bagi mengangkut minyak sawit dan baja, yang tertuduh ketahui pada masa menggunakannya adalah satu dokumen palsu.
Kesalahan itu dilakukan di syarikat perkhidmatan pengangkutan itu di Pelabuhan Klang pada 26 Ogos 2019.
Ia merupakan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.
Semasa prosiding, peguam, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi yang mewakili tertuduh, merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan kerana insaf dengan kesalahan yang dilakukan.
"Kapasiti tertuduh sebagai pengurus syarikat, telah diberi kepercayaan dan amanah tetapi dia memungkirinya, secara tidak langsung menafikan hak-hak syarikat lain," katanya.
Pada Isnin, media melaporkan seorang bekas pengurus syarikat pengangkutan GLC akan didakwa atas pertuduhan salah guna kuasa membantu syarikat isterinya bagi pelantikan subkontraktor.
Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang.
Menurut sumber, suspek dipercayai menggunakan jawatannya bagi menyokong syarikat milik isterinya untuk dilantik melakukan kerja-kerja mengangkut bahan mentah komoditi.
Kata sumber itu, ia membabitkan nilai kerja keseluruhan kira-kira RM80,000 dan perbuatan suspek dipercayai dilakukan pada Ogos 2019.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue Mar 29 2022
Wan Kamarulbahri mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi pelantikan subkontraktor isterinya. - Gambar/ Sinar Harian
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
Tunaikan mandat rakyat, laksana reformasi institusi - Rasuah Busters
Rasuah Busters menegaskan penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) wajar diluluskan oleh Parlimen bagi membersihkan Malaysia daripada isu rasuah dan salah laku.
'Apa yang kamu buat, jumlah rasuah makin tinggi' - Hakim
Wan Kamarulbahri, 38, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, menggunakan dokumen palsu bagi pelantikan subkontraktor isterinya, tiga tahun lalu.
Gagasan #MalaysiaTanpaRasuah melalui kuasa Undi18
Rakyat Malaysia diseru untuk bangkit memperkasakan dan menjadi sistem sokongan agar anak muda diberi peranan dalam mencorak model Malaysia.
PRN Johor: Ahli politik diminta ambil ujian personaliti
Ujian RBTag bukanlah untuk mencari salah individu tersebut sebaliknya demi kebaikan bakal calon sendiri.
"Akta Dana Politik, Akta Anti Lompat Parti mungkin tidak ke mana-mana" - Akhbar Satar
Akhbar mendakwa, berdasarkan pemerhatian beliau, kedua-dua akta berkenaan hanya akan 'menjerat tengkuk' ahli politik yang berkuasa.
Rasuah Busters: Biarpun akta belum dibentangkan, rakyat perlu terus dididik benci rasuah
Gejala rasuah mempunyai hubungkait dengan tindakan ahli politik yang melompat parti, sehingga menyebabkan ketidakstabilan politik.
400 NGO tuntut bebaskan politik negara daripada rasuah
Gabungan gergasi itu akan bersama-sama membentangkan beberapa tuntutan penting untuk diambil kira oleh kepimpinan negara.
Rakyat kena jadi penyibuk, lapor kes rasuah - SPRM
Rakyat perlu menjadi 'penyibuk' dalam melaporkan segala kegiatan rasuah yang telah dikenal pasti kepada penguat kuasa bagi tindakan lanjut.
Rasuah organisasi komersial: Penghakiman perlu tegas - IDEAS
Duluan penghakiman itu akan memastikan syarikat-syarikat akan dipertanggung jawab atas setiap salah laku mereka.
Putuskan rantaian rasuah dari 'bilis' sehingga ke 'jerung'
Rasuah perlu diatasi dengan memutuskan rantaian di peringkat kecil atau 'ikan bilis' sehingga ke peringkat atasan atau 'jerung'.