awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bendera 'Sang Saka Bangsa' berkibar di WTC, bermulanya PAU 2025
Luis Enrique berpotensi tinggalkan PSG? Prestasi juara treble cetus tanda tanya
Wanita maut dirempuh van Siam langgar lampu isyarat merah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebar video seks: Lima termasuk kesemua empat isteri penceramah bebas direkod keterangan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
07/07/2025
13:27 MYT
Sebar video seks: Lima termasuk kesemua empat isteri penceramah bebas direkod keterangan
Mohd Iqbal berkata, siasatan masih dijalankan dan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan lengkap. - Foto fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Polis sudah merekodkan keterangan lima saksi termasuk kesemua empat isteri seorang penceramah bebas yang dikaitkan dengan penyebaran video seks memaparkan dirinya bersama wanita-wanita berkenaan serta gambar aib individu lain.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan masih dijalankan dan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan lengkap.
"Keterangan keempat-empat wanita terbabit diambil pada minggu lalu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Suspek berusia 39 tahun itu ditahan pada 1 Julai lalu dan direman selama empat hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu lalu sementara menunggu siasatan selesai.
Penahanan itu dibuat selepas isteri kedua kepada penceramah bebas terbabit membuat laporan polis pada 16 Jun selepas mendakwa video seksnya, madunya serta wanita lain disebarkan suspek.
Ketika tangkapan dibuat, polis turut merampas dua telefon pintar dan sebuah komputer riba milik suspek.
Hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit suspek, polis menemui beberapa video seks membabitkan suspek bersama isteri-isterinya serta gambar-gambar mengaibkan wanita lain.
Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar sebelum ini dilaporkan berkata tauliah penceramah bebas terbabit sudah ditarik.
Topic Berkaitan
#penceramah bebas
#video seks
#empat isteri
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan