awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APEC 2020: Kerajaan beri penekanan perdagangan multilateral - Muhyiddin

Astro Awani
Astro Awani
19/11/2020
02:00 MYT
APEC 2020: Kerajaan beri penekanan perdagangan multilateral - Muhyiddin
MUHYIDDIN: Kerajaan akan memberi keutamaan dalam pertumbuhan ekonomi inklusif. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Kerajaan akan memberi penekanan untuk sokongan dan komitmen terhadap sistem perdagangan multilateral bagi memastikan kestabilan dan pasaran terus bergerak walaupun pada masa krisis.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia mekanisme terbaik di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang memastikan perbezaan antara negara dalam isu berkenaan dapat diselesaikan.
Jelasnya, paling penting adalah ia seiring matlamat utama Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) untuk perdagangan dan pelaburan bebas serta terbuka di rantau ini.
"Dalam hal ini, kita mesti meluangkan masa untuk menyedari bahawa perdagangan dan pelaburan bebas serta terbuka menghasilkan kemakmuran yang lebih besar di Asia Pasifik.
"Namun, dengan mengakui hal ini, kita juga harus menyedari fakta bahawa faedah yang diperoleh dari perdagangan dan pelaburan belum dirasai di semua segmen masyarakat kita.
"Sehingga hari ini, ada banyak ruang untuk kita meningkatkan naratif perdagangan dan pelaburan dengan tujuan untuk membawa faedah kepada semua orang," katanya dalam ucapan aluan APEC 2020 pada Khamis.
Selain itu, katanya, keutamaan turut diberi kepada usaha meningkatkan ekonomi digital selepas keperluan mendesak untuk menghasilkan pekerjaan dan mengembalikan pekerja ke pasaran pekerjaan.
Tambah Muhyiddin, inovasi dan digitalisasi adalah asas dalam konteks ini sekali gus menghidupkan semula kegiatan ekonomi dan memastikan kesihatan serta kesejahteraan rakyat terjaga.
Sementara itu, katanya, kerajaan juga akan memberi keutamaan dalam pertumbuhan ekonomi inklusif.
Ia memastikan tidak ada yang ketinggalan semasa pemulihan ekonomi kelak.
Jelasnya, ia termasuk pendekatan ekonomi yang memberi penekanan khusus pada wanita dan belia sebagai tulang belakang ekonomi rantau ini.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#APEC
#Pertubuhan Perdagangan Dunia
#WTO
#Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan