awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APEC 2024: Anwar ajak komuniti perniagaan Asia Pasifik melabur di Malaysia

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
15/11/2024
00:10 MYT
APEC 2024: Anwar ajak komuniti perniagaan Asia Pasifik melabur di Malaysia
Anwar hadir majlis makan tengah hari dihoskan Pengerusi ABAC Malaysia bersama sekitar 25 delegasi yang terdiri daripada ketua-ketua syarikat dari pelbagai negara dalam rantau Asia Pasifik, di Lima, Peru, pada Khamis. - Foto PMO
LIMA (Peru): Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak komuniti perniagaan dalam kalangan ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) untuk melabur di Malaysia.
Hasrat itu dinyatakan Anwar semasa sesi makan tengah hari yang dihoskan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) Malaysia merangkap Pengerusi Eksekutif Westport Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah.
“Dalam sesi ini saya bertukar pandangan dengan mereka selain berkongsi aspirasi Malaysia terkait hal perdagangan dan pelaburan sekali gus mengajak mereka untuk melabur di negara kita.
“Saya tekankan dasar Kerajaan MADANI yang jelas dan penekanan terhadap memudahcara perniagaan yang menjadikan ekosistem perniagaan di Malaysia lebih kompetitif,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsikan kepada media di sini pada petang Khamis waktu tempatan.
Majlis itu dihadiri sekitar 25 delegasi yang terdiri daripada ketua-ketua syarikat dari pelbagai negara dalam rantau Asia Pasifik.
Turut sama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#APEC
#komuniti perniagaan
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan