KUALA LUMPUR:Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada Jumaat melancarkan Visi Putrajaya 2040, aspirasi bagi pertumbuhan ekonomi masa kini dan masa depan dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Visi baharu itu menggantikan Matlamat Bogor yang diumumkan pada 1994 semasa para pemimpin APEC bertemu di Bogor, Indonesia, dan diguna terima bagi matlamat jangka panjang perdagangan dan pelaburan bebas dan terbuka di rantau ini.
Visi Putrajaya 2040 diperkenalkan pada Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC secara maya oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mempengerusikan mesyuarat tersebut. Acara itu diadakan secara maya buat pertama kalinya disebabkan pandemik COVID-19.
Dalam ucapan penutupnya, Muhyiddin menegaskan teras Visi Putrajaya 2040 adalah komuniti Asia Pasifik yang terbuka, dinamik dan berdaya tahan menjelang 2040, bagi kemakmuran rakyat dan generasi masa depan.
"Marilah kita bekerjasama secara bersatu padu untuk mencapai visi ini. Bersama sebagai keluarga APEC, kita dapat mencapainya," katanya.
BACA: APEC 2020: Deklarasi Kuala Lumpur cerminan aspirasi keanggotaan
Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di televisyen, Muhyiddin dan pemimpin lain memegang dokumen visi itu sebagai lambang kepada penerimaan mereka.
Muhyiddin kemudian membaca perkara utama daripada Deklarasi Pemimpin dan mengumumkan penerimaannya dengan tepukan termasuk daripada semua pemimpin.
"Ia bukti jelas mengenai apa yang kita mampu capai apabila kita mengetepikan perbezaan kita dan sudah tentu, fokus kepada nilai-nilai bersama," katanya.
Pada 2018, para pemimpin terbabit tidak dapat mencapai persetujuan berhubung Deklarasi Pemimpin manakala pada 2019, Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC telah dibatalkan berikutan keadaan domestik Chile ketika itu.
Terdahulu, Muhyiddin menyempurnakan majlis penyerahan hak penganjuran kepada New Zealand sebagai tuan rumah APEC 2021 kepada Perdana Menterinya, Jacinda Ardern dan disusuli dengan ucapan ringkas serta video pendek berkaitan negara tersebut.
Acara yang berlangsung secara maya itu turut menyaksikan Muhyiddin berdiri memegang logo APEC 2020 yang diserahkan secara simbolik kepada Adern yang menerimanya dengan paparan logo APEC 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 20 2020
Muhyiddin semasa sesi bergambar untuk penerimaan deklarasi Kuala Lumpur 2020 dan penyerahan hak penganjuran kepada New Zealand sebagai tuan rumah APEC 2021 kepada Ardern semasa AELM APEC malam tadi. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.
APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.
Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.
APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.