LANGKAWI: Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah melancarkan aplikasi terbaharu MY TouristPay untuk mengantarabangsakan perniagaan tempatan menerusi ekonomi digital.
Pelancaran ini sekali gus dapat memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan memudah cara kaedah pembayaran pelancong dengan lebih pantas dan selamat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Farhan Ahmad berkata inovasi ini memfokuskan pembangunan usahawan tempatan dalam menggalakkan penggunaan aplikasi pembayaran tanpa tunai.
Ujarnya lagi, tujuan pelancaran juga adalah untuk menghubungkan antara peniaga dan pelancong antarabangsa yang berkunjung ke Malaysia, khususnya di Pulau Langkawi.
"Di sekitar Malaysia, terdapat 1.9 juta peniaga menggunakan kemudahan pembayaran melalui DuitNow QR.
"Justeru, sebagai aplikasi pembayaran tanpa tunai pelancong pertama di dunia, ia membolehkan pelancong dari seluruh dunia menikmati kemudahan transaksi tanpa sempadan melalui imbasan kod QR DuitNow seperti penduduk tempatan," tambahnya.
Di samping itu, aplikasi MY TouristPay yang disokong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merupakan fasa kedua di bawah program PayNet Cambah yang melibatkan aspek alam sekitar, sosial dan urus tadbir (ESG).
Menurut Pengarah Kanan, Strategi & ESG mereka, Azleena Idris dalam fasa pertama sebelum ini melibatkan kerjasama dengan Suri Lifestyle yang difokuskan untuk membantu ibu-ibu daripada komuniti B40 dan meningkatkan kemampuan e-dagang mereka,” katanya.
"Fasa dua pula menyasarkan untuk memperkasa komuniti lestari dengan karyawan tempatan di Pulau Langkawi setaraf antarabangsa dengan digitalisasi perniagaan," jelasnya.
Antara karyawan tersebut adalah Akuart Woodcarvings, Datai Valley, Crystal Langkawi, dan Ilham Ceramics.
Kedua-dua Farhan dan Azleena ditemui pada sidang akhbar selepas pelancaran aplikasi tersebut di Jalan Pantai Chenang, Pulau Langkawi pada Isnin.
Nabilah Khaleeda
Tue Dec 12 2023
Farhan Ahmad (empat, kiri) melancarkan aplikasi My TouristPay yang diperkenalkan di Langkawi ketika majlis pelancaran di Pelangi Beach Resorts, Jalan Pantai Chenang, Langkawi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
Malaysia masih jauh untuk menjadi masyarakat tanpa tunai - PayNet
Negara ini hanya akan mampu merealisasikan konsep masyarakat tanpa tunai dalam tempoh 20 tahun akan datang.