Malaysia masih lagi jauh dalam perjalanan untuk menjadi masyarakat tanpa tunai, berikutan tabiat rakyat Malaysia yang lebih suka berbelanja menggunakan tunai untuk pembayaran.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Peter Schiesser berpendapat, negara ini hanya akan mampu merealisasikan konsep masyarakat tanpa tunai dalam tempoh 20 tahun akan datang.
"Dalam era digital hari ini, adalah terlalu mahal bagi sesebuah negara untuk mencetak wang tunai atau peruncit mengendalikan wang tunai.
"Tetapi bukanlah bermakna instrumen tunai akan terhapus esok hari, ia akan mengambil masa dan saat itu pasti kita akan tempuh, mungkin dalam 20 tahun," katanya kepada taklimat media mengenai ekosistem pembayaran Malaysia di sini pada Jumaat.
Schiesser menjelaskan bahawa sekarang ini, masyarakat tanpa tunai mungkin tidak sesuai untuk kawasan pendalaman kerana kebanyakan penduduk masih bergantung kepada wang fizikal dan mempunyai tahap celik kewangan yang rendah berbanding dengan penduduk bandar.
"Disinilah negara perlu memainkan peranan khususnya dalam mendidik orang untuk meningkatkan kesedaran mereka dan membuat perbezaan," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata angka transaksi elektronik di Malaysia telah melonjak sejak dua tahun lepas, disebabkan perkembangan perniagaan e-dagang di negara ini.
Menurut perangkaan Bank Negara Malaysia, sejumlah 833.9 juta transaksi telah dibuat melalui perbankan Internet dari Januari sehingga Disember 2018, berbanding 741.9 juta bagi keseluruhan 2017 dan 588.2 juta pada 2016.
Statistik menunjukkan bahawa transaksi perbankan mudah alih juga meningkat dalam tempoh 11 bulan pertama 2018 kepada 1.92 bilion daripada 1.05 bilion yang dicatatkan bagi keseluruhan 2017 dan 526.6 juta pada 2016.
Bagaimanapun, jumlah pengeluaran wang tunai daripada mesin juruwang automatik berkurangan kepada 718.3 juta dari Januari hingga Disember 2018 berbanding 763.9 juta bagi keseluruhan 2017 dan 761.2 juta untuk 2016.
Schiesser ketika ditanya adakah perlu untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah masyarakat tanpa tunai, beliau mengingatkan bahawa sikap terlalu bergantung kepada pembayaran digital akan meletakkan negara dalam risiko, terutama apabila wujud ancaman keselamatan dan kebimbangan geopolitik.
"Sebagai contoh, Sweden (yang membentuk masyarakat tanpa tunai paling besar) sedang berhadapan dengan beberapa potensi risiko, iaitu, apa yang berlaku sekiranya infrastruktur digital terjejas? Sweden akan lumpuh," katanya.
Oleh itu, beliau berpendapat bahawa pihak berkuasa perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan sistem-sistem pembayaran di negara ini berfungsi dengan lancar.
Sementara itu, ACI Worldwide Inc dalam satu kenyataan hari ini, berkata PayNet telah melaksanakan platform pembayaran runcit masa nyata Malaysia dengan menggunakan penyelesaian pembayaran masa nyata UP melalui perkhidmatan pembayaran elektronik yang dilancarkan baru-baru ini, DuitNow.
Penyedia penyelesaian perbankan dan pembayaran elektronik masa nyata dari Amerika Syarikat itu berkata kedua-dua pihak sekarang ini sedang menumpukan kepada pengenalan beberapa perkhidmatan baharu seperti bayaran QR (Tindakan Pantas), serta permintaan untuk pembayaran, e-mandat dan debit masa nyata.
"Perkhidmatan pembayaran baharu ini dijangka akan mengubah bagaimana perniagaan mengumpulkan pembayaran di Malaysia," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 11 2019
Rakyat Malaysia lebih suka berbelanja menggunakan tunai untuk pembayaran. - Gambar fail
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
Malaysia masih jauh untuk menjadi masyarakat tanpa tunai - PayNet
Negara ini hanya akan mampu merealisasikan konsep masyarakat tanpa tunai dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Grab lancar GrabPay
Penggunaan GrabPay dapat memupuk rakyat Malaysia untuk menyertai gaya hidup bebas tunai.