awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aplikasi MySejahtera mungkin diwajibkan kepada premis tertentu - Mohd Redzuan

Bernama
Bernama
18/08/2020
03:54 MYT
Aplikasi MySejahtera mungkin diwajibkan kepada premis tertentu - Mohd Redzuan
Aplikasi berkenaan antara lain mampu membantu kerajaan mengesan pesakit COVID-19 dan kontak rapat mereka. - Gambar fail
Premis-premis tertentu mungkin akan diwajibkan mengguna aplikasi MySejahtera pada masa hadapan sebagai satu kaedah membantu kerajaan membendung penularan COVID-19, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata perkara itu sedang dibincangkan dengan Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Peguam Negara, antara lain mengenai sama ada ia boleh dikuat kuasa sebagai satu undang-undang.
"Kita mahu menggalakkan supaya premis ini menggunakan kaedah MySejahtera untuk membenarkan sesiapa sahaja masuk ke premis mereka, tidak perlu lagi mengisi borang tetapi menggunakan aplikasi ini.
"Tetapi, kita tidak menidakkan penggunaan borang, ini adalah proses membangunkan budaya baharu yang sepertimana kita tahu, kita sedang membawa pelbagai kaedah untuk memastikan apa sahaja bentuk pemudah cara yang kita boleh bawa kepada komuniti untuk membantu kerajaan membendung penularan COVID-19," katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang mahu tahu kekangan dalam penggunaan aplikasi berkenaan kerana masih banyak premis menyediakan kaedah manual kepada pelanggan untuk mengisi maklumat peribadi yang diragui kesahihannya.
Aplikasi berkenaan yang antara lain mampu membantu kerajaan mengesan pesakit COVID-19 dan kontak rapat mereka dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Kementerian Kesihatan; Majlis Keselamatan Negara; Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia; Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Menurut Mohd Redzuan setakat Ahad lepas, jumlah pengguna berdaftar aplikasi MySejahtera adalah seramai 15.1 juta orang dan seramai 322 pesakit COVID-19 iaitu 3.4 peratus daripada jumlah 9,200 kes COVID-19 berjaya dikesan melalui aplikasi itu.
"Ini membuktikan bahawa aplikasi ini dapat membantu kerajaan dalam mengawal penularan wabak COVID-19 melalui peranan yang sama-sama dimainkan kita semua," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aplikasi
#budaya baharu
#COVID-19
#Dewan Rakyat
#isi borang
#Kementerian Kesihatan
#kontak
#Lee Boon Chye
#Majlis Keselamatan Negara
#maklumat peribadi
#mengesan pesakit
#Mohd Redzuan Md Yusof
#MySejahtera
#Peguam Negara
#undang-undang
#Wajib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan