awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg

Bernama
Bernama
26/11/2024
13:00 MYT
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Mohd Hanafi berkata pihaknya memerlukan kekuatan tiga anggota untuk menangkap haiwan sepanjang empat meter berkenaan. - Gambar APM
GUA MUSANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Gua Musang Mohd Hanafi Mohd Bokri berkata pihaknya memerlukan kekuatan tiga anggota untuk menangkap haiwan sepanjang empat meter berkenaan.
Beliau berkata APM menerima aduan pada kira-kira 8 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati ular terbabit berada berhampiran rumah penduduk di kampung itu.
"Tiga anggota kami terpaksa bertarung selama 30 minit sebelum reptilia itu ditangkap dan operasi agak sukar kerana haiwan liar itu bertindak agresif dan mungkin kelaparan.
"Operasi tamat pada 9 malam manakala ular berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di kampung itu, di sini hari ini.
Mohd Hanafi berharap orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di kawasan berhampiran hutan dan semak sentiasa berwaspada apabila tiba musim hujan kerana haiwan berbisa itu bersembunyi di kawasan tempat tinggal manusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#ular sawa batik
#musim hujan
#haiwan berbisa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan