awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APM selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta di Bukit Bintang

Bernama
Bernama
23/04/2024
00:00 MYT
APM selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta di Bukit Bintang
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terperangkap di dalam kereta di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Facebook/APM
KUALA LUMPUR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terperangkap di dalam kereta di Jalan Bukit Bintang, di sini, malam tadi.
Pegawai Operasi APM Kuala Lumpur, Lt Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, bapa kepada kanak-kanak berkenaan baru selesai menukar lampin pakai buang anaknya itu sebelum menutup pintu kereta.
Beliau berkata, lelaki warga Korea Selatan yang tidak menyedari kunci kereta berkenaan berada di tangan anaknya kemudian mengunci pintu menyebabkan anaknya terperangkap di dalam kereta susulan isteri dan anak sulungnya berada di luar kenderaan itu.
"Pasukan APM yang menerima panggilan kecemasan kemudian digerakkan ke lokasi dan berjaya membuka pintu kereta berkenaan pada 8.55 malam," katanya ketika dihubungi.
Shahrul Kamar berkata APM mengambil masa 10 minit untuk membuka pintu kereta berkenaan dan pemeriksaan kesihatan mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan sihat.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#terperangkap dalam kereta
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#Jalan Bukit Bintang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan