awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM, ABF perkukuh kerjasama tangani jenayah rentas sempadan

Bernama
Bernama
28/11/2025
15:00 MYT
APMM, ABF perkukuh kerjasama tangani jenayah rentas sempadan
Mohd Zawawi semasa sesi pemeteraian MoU itu bersama Timbalan Komander Markas Sempadan Maritim ABF Linda Cappello pada Majlis Penutup Operasi Redback Siri 21/2025 hari ini. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Australian Border Force (ABF) bersetuju memperkukuh kerjasama strategik maritim termasuk pertukaran maklumat risikan dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan.

Ringkasan AI
  • APMM dan Australian Border Force memperkukuh kerjasama strategik maritim termasuk pertukaran maklumat risikan untuk menangani ancaman jenayah rentas sempadan.
  • Memorandum Persefahaman antara kedua-dua agensi itu menekankan latihan bersama, penyelidikan, pelaksanaan operasi maritim, dan pertukaran maklumat sebagai fokus utama.
  • Operasi Redback Siri 21/2025 di Pulau Pinang telah memperkukuh kerjasama, membuktikan komitmen APMM dalam membanteras jenayah rentas sempadan, termasuk pemerdagangan manusia.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata ia susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua agensi itu hari ini yang menjadi pelengkap kepada hubungan dua hala yang telah lama terjalin.
"Menerusi MoU itu, beberapa fokus utama dikenal pasti termasuk latihan bersama, penyelidikan dan perkongsian amalan terbaik, pelaksanaan operasi maritim dan pertukaran maklumat mengikut bidang kuasa masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi pemeteraian MoU itu bersama Timbalan Komander Markas Sempadan Maritim ABF Linda Cappello pada Majlis Penutup Operasi Redback Siri 21/2025 di sini hari ini.
Mohd Zawawi berkata pelaksanaan Operasi Redback bersama ABF merupakan platform penting dalam memperkukuh aspek rondaan, risikan dan penguatkuasaan maritim negara.
Beliau berkata hubungan erat yang dibina menerusi Operasi Redback telah meningkatkan kerjasama antara APMM dan ABF, sekali gus menjadikan kawasan perairan Malaysia dan Australia lebih selamat daripada sebarang bentuk eksploitasi jenayah, khususnya pemerdagangan manusia.
"Untuk rekod, sepanjang tempoh lima tahun kebelakangan ini, APMM telah merekodkan 33 kes tangkapan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, sekali gus membuktikan komitmen agensi ini dalam membanteras jenayah rentas sempadan," katanya.
Mohd Zawawi berkata OPS Redback Siri 21/2025 yang berlangsung selama lima hari bermula 24 Nov di Pulau Pinang, turut merangkumi sesi perkongsian kepakaran serta latihan simulasi kendalian pegawai ABF, operasi penguatkuasaan di laut oleh pihak APMM dan program libat urus bersama komuniti nelayan.
Beliau berkata pada program turun padang itu, APMM dan ABF telah melaksanakan sesi taklimat keselamatan serta penyampaian sumbangan kepada penerima di Kampung Sungai Cenaam dan Sungai Gelugor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#Hubungan dua hala
#pemerdagangan manusia
#jenayah rentas sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan