KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup masuk 30 kilogram (kg) ketulan ganja mampat bernilai hampir RM150,000 dalam satu Op Khas di perairan Kuala Perlis, semalam.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, rampasan dibuat hasil risikan pasukan operasi khas APMM yang berjaya mengesan pergerakan masuk sebuah bot fiber dari negara jiran pada kedudukan 2.26 batu nautika barat laut muara Kuala Perlis sekitar 1.42 pagi.
"Menyedari kehadiran bot peronda APMM, dua suspek lelaki dipercayai warga tempatan bertindak membuang satu bungkusan plastik berwarna hitam ke dalam laut sebelum menukar haluan berpatah balik ke negara jiran (Thailand)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Zawawi berkata hasil pemeriksaan ke atas bungkusan plastik hitam tersebut menemukan 30 bungkus ketulan ganja mampat dengan anggaran berat keseluruhan 30kg.
"Taktik mencampak barang antara yang sering dilakukan oleh kebanyakan sindiket yang melakukan aktiviti penyeludupan bagi memperdaya pihak berkuasa selain untuk memperlahankan bot APMM yang mengejar mereka," katanya.
Beliau berkata daripada maklumat yang diperoleh APMM, sindiket tersebut mengunakan kaedah barter trade atau perdagangan barter iaitu sindiket dari Thailand membawa masuk dadah jenis ganja ke negara ini dan menukarnya dengan daun ketum daripada sindiket tempatan.
Menurutnya ini merupakan rampasan kedua dan terbesar bagi Zon Maritim Kuala Perlis pada awal tahun ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022
Rampasan dibuat hasil risikan pasukan operasi khas APMM yang berjaya mengesan pergerakan masuk sebuah bot fiber dari negara jiran. - Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Dua rakan didakwa lakukan rompakan berkumpulan guna parang
K. Sreedharan Naidu, 33, dan J. Moohilan Naidu, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menubuhkan tiga Skuad Bantuan Banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan yang ditahan
Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia.
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti LKIM, Besut.
Peruntukan RM675 juta bakal perkukuh keupayaan APMM pantau keselamatan negara
Peruntukan RM675 juta kepada APMM menerusi Belanjawan 2025 bakal memperkukuhkan lagi keupayaan agensi itu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.
APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira satu tan daun ketum bernilai RM50,000 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut muara Kuala Sanglang, Kuala Perlis.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Bernama serah sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar
Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin di kediaman Allahyarham.
APMM ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
APMM dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, Allahyarham yang berusia 36 tahun merupakan Pegawai Pasukan Sukarelawan agensi itu.
Lelaki jatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh dari bot, ditemukan lemas di perairan Tanjung Piandang, Kerian, hari ini.