awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM komited naikkan GPI Malaysia

Bernama
Bernama
21/06/2024
20:40 MYT
APMM komited naikkan GPI Malaysia
APMM akan mempertingkatkan keselamatan di Zon Maritim Malaysia sebagai langkah proaktif untuk memastikan perairan negara terus selamat dan terjamin.
PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mempertingkatkan keselamatan di Zon Maritim Malaysia sebagai langkah proaktif untuk memastikan perairan negara terus selamat dan terjamin.
Pemangku Ketua Pengarah APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata langkah itu bukan sahaja bagi menjaga keselamatan negara tetapi juga untuk memberikan sumbangan positif kepada Indeks Keamanan Global (GPI).
Media melaporkan Malaysia melonjak sembilan anak tangga kepada kedudukan ke-10 negara paling aman di dunia pada 2024, berbanding tempat ke-19 sebelumnya.
Beliau berkata peningkatan keselamatan ini sejajar dengan komitmen kerajaan untuk memastikan keselamatan maritim negara terus berada pada tahap optimum dan kepentingan menjaga perairan negara serta laluan perdagangan antarabangsa seperti Laut China Selatan dan Selat Melaka.
"Tindakan rondaan dan pengawasan yang lebih ketat serta berterusan amat perlu bagi memastikan kedaulatan, hak dan kepentingan negara di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) sentiasa dilindungi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Saiful Lizan berkata keselamatan yang dipertingkatkan itu diharap dapat menarik lebih ramai pelabur asing memandangkan Malaysia telah diiktiraf sebagai satu daripada negara selamat di dunia.
"Malah usaha yang dilaksanakan oleh APMM Malaysia diharapkan dapat terus menyokong peningkatan kedudukan Malaysia dalam Indeks Keamanan Global, sekali gus memajukan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#keselamatan
#perairan negara
#GPI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan