awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM tingkat pemantauan di perairan Johor sehingga Aidilfitri

Bernama
Bernama
28/05/2018
20:10 MYT
APMM tingkat pemantauan di perairan Johor sehingga Aidilfitri
Orang ramai terutama warga asing dinasihatkan menggunakan laluan yang diwartakan pihak berkuasa untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Aidilfitri ini. - Gambar hiasan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan meningkatkan pemantauan di perairan Johor terutama antara Batu Pahat dan Kukup di Pontian menerusi Ops Pagar Laut sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri ini.
Pengarah APMM Johor Datuk Abu Bakar Idris berkata langkah itu bagi membendung pelbagai kegiatan jenayah termasuk 'gangguan' daripada pihak berkuasa negara jiran terhadap nelayan tempatan.
Beliau berkata setakat April lepas, enam kes dilaporkan oleh nelayan tempatan berhubung gangguan berkenaan.
"Kes berlaku sejak tahun lepas apabila nelayan ditangkap dan diugut bagi mendapatkan bayaran pampasan. Kita sudah maklumkan perkara ini kepada agensi di negara jiran, tetapi besar kemungkinan ia (kejadian) tidak diketahui orang atasan kerana dilakukan mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Sebab itu, penting untuk kita mengesahkan sama ada dia benar-benar anggota penguatkuasa negara jiran ataupun menyamar sahaja," katanya kepada pemberita pada Program Berbuka Puasa APMM bersama media dan Penyerahan Bingkisan Raya di perairan Pulau Pisang, di sini malam tadi.
BACA: Tekong Vietnam cuba sogok RM8,000 ditahan
Abu Bakar berkata beliau juga tidak menolak kemungkinan nelayan tempatan yang ditahan kumpulan penjenayah itu akan dibawa ke perairan negara jiran untuk proses mendapatkan pampasan.
Justeru, beliau berkata bagi membendung perkara tersebut daripada berterusan, APMM akan meletakkan anggotanya di bot-bot nelayan tempatan bagi memantau dan menangkap mereka yang terlibat dalam kegiatan tersebut.
Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai terutama warga asing agar menggunakan laluan yang diwartakan pihak berkuasa untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Aidilfitri ini.
"Ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini seperti bot karam," katanya.
Ops Pagar Laut yang dilancarkan pada awal Ramadan, akan berakhir dua minggu selepas Aidilfitri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#ancaman
#APMM
#apmm johor
#gangguan
#keselamatan
#laluan
#nelayan
#Ops Pagar Laut
#pemantauan
#perairan johor
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan