awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple cabar denda €1.8 bilion dikenakan EU

Amanz
Amanz
22/05/2024
03:50 MYT
Apple cabar denda €1.8 bilion dikenakan EU
EU menyatakan Apple telah menggunakan kuasa pembangunan platform iOS untuk menghalang para pembangun aplikasi memaklumkan penawaran harga lebih rendah menerusi langganan di luar aplikasi. -Unsplash
PADA Mac lalu, Kesatuan Eropah (EU) mengenakan denda sebanyak 1.8 bilion euro (~RM 9.2 bilion) disebabkan penyalahgunaan kuasa untuk pengedaran aplikasi penstriman muzik.
EU menyatakan Apple telah menggunakan kuasa pembangunan platform iOS untuk menghalang para pembangun aplikasi memaklumkan penawaran harga lebih rendah menerusi langganan di luar aplikasi.
Menurut laporan Bloomberg, Apple semalam mengumumkan mereka akan menentang denda yang dikenakan ke atas mereka.
Ini adalah kerana menurut Apple, EU gagal membuktikan pengguna terbeban disebabkan oleh amalan mereka ini.
Apple enggan memberikan komen bahawa mereka memfailkan tentangan mereka di mahkamah EU di Luxemborg.
Sejak 2019, Spotify memfailkan beberapa rungutan kepada EU mengenai amalan Apple mengenakan bayaran lebih mahal untuk melanggan perkhidmatan mereka di dalam App Store.
Apple kini membenarkan stor aplikasi alternatif hanya di EU tetapi masih mengenakan bayaran untuk memastikan setiap aplikasi yang ditawarkan pada stor alternatif adalah selamat.
Dalam kes menentang Epic Games yang masih berlangsung, Apple berkata hanya 38 daripada 65,000 (bersamaan 0.06%) pembangun memohon untuk menggunakan sistem pembayaran di luar ekosistem App Store. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#EU
#bantah denda
#aplikasi penstriman muzik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan