awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
Gangguan sistem penerbangan global jejas daftar masuk, naik pesawat di lapangan terbang Malaysia
Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor bermula Khamis ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple lancar produk baharu, AirTag tarikan utama

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
21/04/2021
03:46 MYT
Apple lancar produk baharu, AirTag tarikan utama
iMac yang terkini didatangkan dalam tujuh warna baru, skrin yang lebih nipis dengan cip pemprosesan M1.
PENGELUAR gajet popular, Apple melancarkan beberapa produk baharu dalam satu pengumuman pada awal pagi Rabu yang berlangsung selama sejam.
Beberapa produk baru yang dilancarkan ialah seperti iMac, iPad Pro, iPhone 12, AirTag dan Apple TV 4K yang datang dengan pilihan lebih warna-warni dan dilaporkan lebih pantas.
iMac yang terkini didatangkan dalam tujuh warna baru, skrin yang lebih nipis dengan cip pemprosesan M1.
Manakala kemas kini untuk iPhone 12 termasuk cip lebih pantas, sambungan 5g dan didatangkan dengan warna baru iaitu warna ungu.
iPad Pro terkini turut dilengkapi dengan sambungan 5G, cip M1 dan lebih banyak pilihan warna.
iPhone
iPhone
AirTag
Setelah bertahun-tahun desas-desus mengenainya, Apple akhirnya secara rasmi mengumumkan kehadiran AirTag.
Ia adalah aksesori yang boleh dilekatkan kepada apa-apa perkakasan seperti kunci, dompet dan beg untuk mengesan lokasi jika ia hilang.
AirTag ini akan mula dipasarkan pada 30 April dan memerlukan IOS 14. 5 ke atas, yang dijangka mula tersedia untuk pengguna minggu depan.
Harga AirTag bervariasi akan dipasarkan bermula dari harga sekitar AS$29 atau RM120 untuk satu unit.
Niaga AWANI: Reza | Air Tag ini sesuai untuk kucing saya!
AirTag tidak menggunakan bateri yang boleh dicaj, sebaliknya, pengguna harus menggantikan bateri apabila perlu.
Bagaimanapun, tidak diketahui lagi sama ada ia datang bersama casing atau dijual secara berasingan.
Setiap AirTag memiliki speaker internal untuk membantu pengguna mengesan barang yang hilang, dan pengguna boleh meletakkan ukiran nama atau emoji jika membelinya secara dalam talian.
AirTag
AirTag
Apple TV 4K
Apple turut mengumumkan pembaharuan besar untuk Apple TV 4K yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2017.
Pembaharuan itu antara lain Apple TV 4K terbaru disokong dengan cip A12 Bionic Apple.
Pelanggan boleh menggunakan iPhone untuk penstriman kepada TV dengan hanya meletakkan kamera di hadapan TV dan secara automatik akan berkalibrasi dengan apa yang anda tonton.
Malah Apple TV akan mengoptimakan warna dan kualiti gambar.
Rekaan alat kawalan Apple TV juga berwajah baharu dengan menggunakan remote touch pad seperti iPod.
Apple TV 4K
Apple TV 4K
Akibat daripada arahan sekatan yang diumumkan untuk mengekang COVID-19, produk Apple dan peranti digital jenama lain mendapat permintaan tinggi untuk penuhi tuntutan kerja dan belajar di rumah.
Ini meningkatkan nilai pasaran Apple kepada sekitar AS$2.2 trillion, dua kali ganda lebih besar daripada sebelum pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#Apple
#iPhone
#iPad
#COVID-19
#AirTags
#Apple TV 4K
#iMac
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan