awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
Gencatan senjata buka peluang selesai pertikaian sempadan secara aman - Thailand
Jika majoriti DUN terjejas, Undang-Undang Tubuh Perlis 'buka laluan' PRK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple mungkin tidak perkenal iPhone Air 2 tahun depan - Laporan

Amanz
Amanz
11/11/2025
02:40 MYT
Apple mungkin tidak perkenal iPhone Air 2 tahun depan - Laporan
Sebelum ini, Apple dikatakan menyasarkan rekaan lebih ringan dan kapasiti bateri lebih tinggi pada kemas kini akan datang. - Foto Amanz
JUALAN iPhone Air ketika ini dikatakan rendah dan tidak seperti jangkaan sebelum ini, menyebabkan Apple dipercayai telah mula mengurangkan pengeluarannya.
Kini, muncul laporan yang menyatakan Apple mungkin tidak perkenal iPhone Air 2 pada tahun 2026.
Menurut laporan TheInformation, Apple hanya akan memfokuskan pengenalan iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan mungkin iPhone boleh-lipat pada September 2026 kelak.
Sementara iPhone 18 dan iPhone 18E dijangka dilancarkan pada pertengahan pertama 2027.
Untuk iPhone Air pula, perancangannya masih samar-samar buat masa ini.
Sebelum ini, Apple dikatakan menyasarkan rekaan lebih ringan dan kapasiti bateri lebih tinggi pada kemas kini akan datang.
Laporan sebelum ini turut menyatakan iPhone Air 2 mungkin menyertakan dwi-kamera belakang.
Namun, dengan permintaan yang tidak mencapai sasaran, perancangan untuk siri berkenaan kini sedang dinilai semula.
Sebelum ini juga, Apple telah membatalkan dua lagi siri iPhone sebelum iPhone Air, iaitu siri iPhone Mini dan juga iPhone Plus.
Apa pun, dikatakan terdapat kebarangkalian Apple masih memperkenalkan kemas kini untuk model berkenaan menjelang 2027 kelak.
Topic Berkaitan
#Apple
#iPhone
#iPhone Air 2
#jualan rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan