awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple tamatkan perkhidmatan Apple Pay Later selepas kurang setahun dilancarkan

Amanz
Amanz
18/06/2024
03:50 MYT
Apple tamatkan perkhidmatan Apple Pay Later selepas kurang setahun dilancarkan
Kurang setahun sejak perkhidmatan BNPL ditawarkan kepada umum, Apple mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan itu. -Amanz
APPLE sebelum ini telah memperkenalkan perkhidmatan BNPL (Beli Dahulu, Bayar Kemudian), dinamakan Apple Pay Later.

Ringkasan AI
  • Apple umum penamatan Apple Pay Later, sebuah perkhidmatan BNPL (Beli Dahulu, Bayar Kemudian) yang diperkenalkan kurang setahun lalu di Amerika Syarikat.
  • Perkhidmatan ini, mirip Shopee Pay Later, membolehkan pengguna membuat pembelian dan membayar secara ansuran dalam pecahan sehingga empat kali bayaran.
  • Apple berkata mereka akan menawarkan perkhidmatan pinjaman dan ansuran baharu pada peringkat global tidak lama lagi.

Ia diperkenalkan secara terhad di Amerika Syarikat, pada 2023 yang lepas.
Kini, kurang setahun sejak perkhidmatan berkenaan ditawarkan kepada umum, Apple mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan berkenaan.
Halaman sokongan turut menyatakan tiada lagi pinjaman baharu ditawarkan melalui Apple Pay Later.
Bagi yang tidak mengenali akan perkhidmatan berkenaan, ia menawarkan perkhidmatan seperti Shopee Pay Later, di mana pengguna boleh melakukan pembelian barangan dan membayar secara ansuran dalam pecahan sehingga empat kali bayaran.
Apple mengatakan mereka akan menawarkan perkhidmatan pinjaman dan ansuran baharu pada peringkat global tidak lama lagi, sekali gus memilih untuk menamatkan Apple Pay Later ini.
Apple masih menyatakan komitmen mereka dalam memudahkan lagi pelbagai perkhidmatan pembayaran melalui Apple Pay.
Dengan peralihan keluar Apple daripada arena BNPL ini, adakah kita akan melihat pelbagai syarikat lain turut mengambil langkah serupa tidak lama lagi? -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple Pay Later
#BNPL
#Beli Dahulu Bayar Kemudian
#bayar secara ansuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan