GADGETS
Apple tanggung kenaikan kos $900 juta akibat tarif, produk akan diimport dari India dan Vietnam

Separuh iPhone untuk pasaran Amerika Syarikat akan diimport dari India, manakala produk lain dari Vietnam. -Gambar hiasan
APPLE mengumumkan laporan kewangan terkini mereka semalam dengan pendapatan meningkat sebanyak 5%.
Ringkasan AI
- Apple mengumumkan pendapatan meningkat sebanyak 5% tetapi tarif dijangka meningkatkan kos sehingga $900 juta.
- Separuh iPhone untuk pasaran Amerika Syarikat akan diimport dari India, manakala produk lain dari Vietnam.
- Kenaikan harga belum diumumkan tetapi mungkin berlaku dalam masa beberapa bulan jika tarif tinggi tidak ditarik semula.
Tetapi kerana permintaan iPhone yang tinggi untuk pasaran Amerika Syarikat, separuh lagi inventori masih perlu diimport dari China.
Untuk produk lain, kesemua akan diimport dari Vietnam.
Pada waktu ini kenaikan harga belum lagi diumumkan tetapi ia mungkin akan berlaku dalam masa beberapa bulan sahaja lagi sekiranya pentadbiran Trump tidak menarik semula kadar tarif tinggi yang diumumkan awal April lalu.
Sony dan Microsoft misalnya mula menaikkan harga konsol kerana impak tarif sudah mula dirasai.
Walaupun Amerika Syarikat yang mengenakan tarif tinggi, impak peningkatan kos akan dirasai oleh semua. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami