awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple Vision 'murah' mungkin guna skrin besar dengan resolusi lebih rendah

Amanz
Amanz
01/07/2024
05:00 MYT
Apple Vision 'murah' mungkin guna skrin besar dengan resolusi lebih rendah
Versi ini dikatakan akan memerlukan sambungan iPhone atau Mac berbeza dengan Vision Pro yang boleh berfungsi secara kendiri. -Gambar fail/Amanz
PEMBANGUNAN Apple Vision Pro generasi kedua ditangguh kerana Apple dikatakan ingin fokus kepada versi murah terlebih dahulu.
Versi ini dikatakan akan memerlukan sambungan iPhone atau Mac berbeza dengan Vision Pro yang boleh berfungsi secara kendiri.
Terbaharu, Apple Vision versi lebih murah ini dikatakan akan menggunakan skrin yang lebih besar tetapi resolusi lebih rendah.
Laporan oleh The Elec menyatakan, Apple terpaksa mencari alternatif pembekal skrin selain Sony kerana memerlukan pengeluaran yang lebih banyak.
Oleh yang demikian, Samsung Display dan LG Dislplay kini menjadi calon untuk pembekal OLEDoS (OLED on Silicon) atau nama lainnya adalah mikroOLED.
Spesifikasi skrin yang dipinta adalah dari saiz 2.0-inci ke 2.1-inci dengan 1700 PPI. Apple Vision Pro sekarang menggunakan saiz 1.42-inci dengan 3400 PPI.
Dengan laporan Apple mencari pembekal skrin mikroOLED, ia mengukuhkan lagi laporan sebelum ini Apple benar-benar serius dalam pembangunan set kepala Vision yang lebih mampu milik.
Setakat ini Samsung mempunyai skrin mikroOLED 1.03-inci dengan kecerahan tinggi kerjasama bersama eMagin, sementara LG mempunyai skrin 4K 1.3-inci dengan kecerahan mencapai 10,000 nits.
Dua komponen baharu ini turut dikatakan mungkin akan menarik minat Apple.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai Apple Vision mampu milik. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple Vision Pro generasi kedua
#versi murah
#OLEDoS
#mikroOLED
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan