awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi anjur persidangan antarabangsa perkhidmatan haji, umrah

Bernama
Bernama
22/03/2022
09:39 MYT
Arab Saudi anjur persidangan antarabangsa perkhidmatan haji, umrah
Persidangan dan pameran antarabangsa yang dianjurkan itu bertujuan mengumpul cadangan untuk memperkasa perkhidmatan haji dan umrah selari dengan Wawasan 2030 Arab Saudi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Arab Saudi pada Isnin melancarkan persidangan dan pameran antarabangsa yang bertujuan mengumpul cadangan untuk memperkasa perkhidmatan haji dan umrah selari dengan Wawasan 2030 negara itu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan kepada Bernama hari ini, Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur memaklumkan acara tiga hari bertemakan "Transformasi Ke Arah Inovasi," itu dilancarkan Penasihat Penjaga Dua Masjid Suci dan Gabenor wilayah Mekah, Putera Khalid Al -Faisal.
Dianjurkan Kementerian Haji dan Umrah dengan kerjasama Program Doyof Al Rahman (Tetamu Allah), persidangan yang diadakan di Jeddah Superdome itu dihadiri menteri dari lebih 20 negara.
Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah dalam ucapannya berkata, Doyof Al Rahman merupakan satu daripada tonggak Wawasan 2030 Arab Saudi untuk memperkukuh lagi perkhidmatan haji dan umrah.
"Semua sasaran itu bertujuan merealisasikan satu matlamat yang sentiasa menjadi kepentingan utama kepimpinan kami, iaitu memastikan jemaah haji dan umrah menyempurnakan lawatan dan ibadah mereka dengan mudah, selesa dan tenang," katanya.
COVID-19 memberi impak besar kepada haji dan umrah, terutamanya dari segi kapasiti serta akses dan Arab Saudi telah membangunkan aplikasi mudah alih yang boleh digunakan semasa melakukan ibadah itu, katanya.
Beliau berkata, aplikasi "Eatmarna" akan membantu dalam mengatur akses ke Dua Masjid Suci dan dapat mengurangkan kesesakan.
Pada acara itu, beliau turut mengumumkan pelancaran Cabaran Haji dan Umrah bertujuan menarik usahawan, mengumpul idea kreatif dan melaksanakannya bagi memastikan jemaah haji dapat menikmati pengalaman yang lebih baik. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#haji dan umrah
#Arab Saudi
#persidangan antarabangsa
#Wawasan 2030
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan