DREBAR
Arah terkini teknologi stesen cas kenderaan EV dan senibina

Konsep akhir daripada prebiu ringkas video di atas hanya akan didedahkan pada bulan Mac tahun hadapan.
Jelas daripada video itu stesen pengecas kereta EV yang dibayangkan akan menggunakan peralatan pengecas 7kW tanpa wayar yang Nissan umumkan tidak lama sebelum ini. Sebuah bateri 60kW dengan anggaran jarak penggunaan 500km yang sedang dalam pembangunan di pusat R&D Nissan, Atsugi, Jepun, sebagai contoh, dapat dicas sepenuhnya dalam satu malam.
Dari sudut industri, stesen mengecas tanpa wayar memang menjadi penyelidikan pelbagai pembuat kereta, khususnya yang aktif mempromosi teknologi EV ataupun hibrid ‘plug-in’.
Sebagai contoh, Kumpulan BMW dan Daimler pada Julai 2014 mengumumkan sebuah kerjasama untuk memajukan teknologi yang juga dikenali sebagai pengecas induktif. Kerjasama ini diharap akan mempercepatkan penggunaan sistem pacuan menggunakan elektrik sekaligus menyempurnakan sebuah standard yang dapat digunakan oleh industri automotif amnya.
Teknologi yang dimajukan BMW-Daimler ini dicapai melalui dua komponen utama iaitu gelung utama di dalam lantai, dan juga gelung sekunder yang terletak pada lantai kereta. Tenaga elektrik untuk mengecas bateri di dalam kereta disalurkan melalui medan magnetik ulang-alik yang terhasil daripada kedua-dua gegelung. Mengikut BMW, kadar pengecasan adalah 3.6kW bersama faktor kecekapan 90%.
Pada kadar ini, bateri bervoltan tinggi di dalam kebanyakkan hibrid ‘plug-in’ dapat dicas sepenuhnya di bawah tiga jam. Walaupun kadar 3.6kW ini tidak setinggi yang dinyatakan Nissan (7kW), BMW turut berkata yang kadar 7kW mampu dicapai, lebih-lebih lagi untuk penggunaan cas kenderaan EV, seperti i3.
Selain daripada memudahkan proses mengecas tanpa perlu bersusah dengan wayar, proses induktif ini juga boleh digunakan seperti biasa walaupun di dalam cuaca hujan ataupun bersalji.

Radiasi elektromagnetik sekeliling turut ditetapkan pada kadar paling rendah sewaktu pengecasan. Ruang antara kedua-dua gegelung juga sentiasa diawasi dan proses mengecas akan terus dihentikan secara automatik jika anda halangan.


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami