awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arena silat akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan - Shahidan

Bernama
Bernama
12/11/2021
21:00 MYT
Arena silat akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan - Shahidan
Pembukaan arena itu bagi membolehkan penggiat seni bela diri itu menjalankan aktiviti dengan lebih teratur sekali gus menaikkan imej silat di mata dunia. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Arena silat bakal diwujudkan di semua tiga Wilayah Persekutuan bagi membolehkan penggiat seni bela diri itu menjalankan aktiviti dengan lebih teratur sekali gus menaikkan imej silat di mata dunia, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan 2021 di sini pada Jumaat, beliau berkata lokasi arena silat tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.
"Kita akan ada gelanggang (arena) untuk membolehkan aktiviti silat diuruskan. Lokasi akan diumumkan nanti, insya-Allah ia akan jadi kenyataan," katanya.
Shahidan turut berharap seni bela diri itu dapat menjadi platform seperti sukan lain yang boleh menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Sementara itu, pada majlis tersebut, Kementerian Wilayah Persekutuan menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai 'Penganjur Pertama Festival Seni Silat Secara Maya' dan 'Demonstrasi Aliran Perguruan Silat Terbanyak Secara Maya'.
Sijil pengiktirafan tersebut diserahkan Pengarah Pembangunan Perniagaan MBOR Jwan Heah Yeow Hooi kepada Shahidan.
Festival selama tiga hari bermula Jumaat itu melibatkan pelbagai aktiviti dan seminar berkaitan silat termasuk penganjuran Kejohanan Silat Seni Maya Terbuka Kebangsaan 2021.
Demonstrasi Aliran Perguruan Silat pula membabitkan 46 aliran perguruan di Malaysia antaranya Pertubuhan Seni Silat Cekak Harimau dan Persatuan Silat Seni Gayong yang mempamerkan silat perguruan masing-masing secara maya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gelanggang silat
#Wilayah Persekutuan
#Shahidan Kassim
#Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan