awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Artikel pembekuan kredit Rosmah Mansor adalah fitnah - Salleh Keruak

Bernama
Bernama
15/06/2017
12:40 MYT
Artikel pembekuan kredit Rosmah Mansor  adalah fitnah - Salleh Keruak
Menurut Salleh laporan berita yang disebarkan di laman sosial dan aplikasi WhatsApp itu hanya bertujuan mencemarkan imej Rosmah (gambar) dan keluarga perdana menteri. - Gambar fail
Artikel mengenai pembekuan kredit isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor oleh pihak berkuasa antarabangsa adalah fitnah dan pembohongan semata-mata, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak .
Beliau berkata laporan berita yang disebarkan di laman sosial dan aplikasi WhatsApp itu hanya bertujuan mencemarkan imej Rosmah dan keluarga perdana menteri.
Katanya, artikel tersebut sebenarnya bersumberkan olahan daripada sebuah portal antarabangsa yang ditulis pada Julai 2016.
"Ternyata bahawa olahan portal tersebut merupakan fitnah semata-mata kerana sudah hampir setahun, masih belum ada apa-apa tindakan pembekuan kredit terhadap Datin Seri Rosmah Mansor," katanya kepada Bernama hari Ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran berita palsu itu di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.
Dalam pada itu, Salleh mengingatkan pemilik portal dan orang ramai bahawa tindakan menulis atau menyebarkan maklumat palsu dan berunsur fitnah merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia dah boleh dikenakan tindakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laman sosial
#Perdana Menteri
#Rosmah Mansor
#Salleh Said Keruak
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan