KUALA LUMPUR: Seorang artis veteran ditahan selepas disyaki memukul abang iparnya di sebuah flat Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, pada petang Ahad.
Menurut sumber, penyanyi lelaki era 80-an dan komposer itu memukul abang iparnya yang berusia 41 tahun itu menggunakan batang besi sehingga menyebabkan kecederaan.
"Difahamkan, telah berlaku salah faham antara mangsa dan suspek.
"Suspek kemudian bertindak memukul menggunakan besi panjang di bahagian kepala, belakang badan, mata kiri dan bahagian lain mangsa.
"Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan di bahagian kepala dan menerima dua jahitan, bengkak mata kiri, lebam di tangan kiri dan luka di tangan kanan," katanya kepada Astro AWANI, pada Isnin.
Mengulas lanjut, sumber itu berkata, abang ipar kepada artis berusia 64 tahun itu telah membuat laporan polis selepas mendapatkan rawatan di hospital.
"Peserta sebuah program realiti hiburan popular itu difahamkan akan direman hari ini," ujarnya.
Pada tahun 2010, artis veteran ini pernah terpalit kontroversi berhubung perkahwinan yang tidak direstui oleh ibu mertuanya susulan jarak usia antara dia dan isterinya agak jauh.
Afiezy Azaman
Mon Mar 25 2024
Seorang artis veteran ditahan selepas disyaki memukul abang iparnya di sebuah flat Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur, pada petang Ahad. - Gambar hiasan
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
Artis veteran pukul abang ipar direman empat hari
Penyanyi era 80-an yang pernah menyertai sebuah program realiti itu mula direman hari ini hingga Khamis.
Artis veteran pukul abang ipar guna batang besi
Peserta sebuah program realiti hiburan popular itu difahamkan akan direman hari ini.
Veteran dah tak relevan? Norlia Ghani bukti artis lama masih diingati, terima 1 juta tontonan di TikTok
Terima 1 Juta Tontonan Pertama Kali Live, Norlia Ghani Kini Aktif Di TikTok - "Hadiah Pertama Saya Dapat Singa"
Nasib artis veteran, mana pembelaannya?
"Jika orang lain kerja, semakin tua semakin bertambah gaji, tapi kami? Dibayar murah pula. Tergamak mereka buat begini kepada pelakon lama."
'Masih belum cukup tua, saya masih gagah berpuasa' - Mat Sentol
Annuar Musa berkata aspirasi perjalanan hasil karya Mat Sentol harus dijadikan aset dan panduan kepada generasi muda.
Ziarah Finas buka ruang artis veteran sertai kembali industri seni
Program Finas Prihatin membuka ruang kepada artis veteran yang dilupakan untuk kembali bergiat dalam bidang seni.
Bernama boleh bantu artis terkesan COVID-19, kata Ras Adiba
Artis yang berdepan kesukaran akibat hilang punca pendapatan atau masalah kesihatan perlu diberi perhatian sebagai tanda menghargai sumbangan mereka kepada dunia seni negara.
Aznil hargai karyawan legenda dalam 'Yang Dulu'
Yang Dulu merupakan program televisyen yang sarat menyimpan nilai kasih sayang daripada Aznil buat seniman dan seniwati handalan negara.