awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN akan perkenal dasar EV standard, diumum semasa sidang kemuncak - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
20/03/2025
12:45 MYT
ASEAN akan perkenal dasar EV standard, diumum semasa sidang kemuncak - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyampaikan ucapan pada Majlis Pelepasan ASEAN Unity Drive 2025 (AUD 2025) di Menara MITI hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Negara anggota ASEAN sedang berusaha memperkenalkan dasar kenderaan elektrik (EV) standard sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan inisiatif kemampanan serantau dan mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata perbincangan mengenai penyeragaman bateri dan infrastruktur pengecasan EV rentas sempadan itu telah dimulakan dalam kalangan para pegawai kanan dan pemimpin ASEAN.
"Garis masa dan rangka kerja akan dimuktamadkan dan diumumkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan ASEAN Unity Drive 2025 di Menara MITI, di sini, hari ini.
Tengku Zafrul berkata inisiatif itu bertujuan untuk menangani pelbagai kebimbangan dalam kalangan pemandu EV dan menggalakkan pembangunan rantaian bekalan serantau yang berdaya tahan dalam sektor automotif.
"Dasar EV bersama ini akan membantu negara ASEAN bekerjasama dengan lebih berkesan dalam memenuhi sasaran kemampanan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#dasar EV standard
#kenderaan elektrik
#Zafrul Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan