awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN mahu bebas jerebu menjelang 2020 - Wan Junaidi

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
11/08/2016
11:36 MYT
ASEAN mahu bebas jerebu menjelang 2020 - Wan Junaidi
Negara anggota ASEAN bersetuju menggunakan Pelan Hala Tuju ASEAN dan pelaksanaannya ke arah mencapai sebuah rantau yang bebas daripada jerebu menjelang 2020. -Gambar fail/Reuters
Negara anggota ASEAN bersetuju untuk menggunakan Pelan Hala Tuju ASEAN dan pelaksanaannya ke arah mencapai sebuah rantau yang bebas daripada jerebu menjelang 2020.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia adalah hasil perbincangan Mesyuarat dalam Persidangan Pencemaran Jerebu ASEAN ke-12 melibatkan lebih 100 perwakilan yang berlangsung di sini pada Khamis.
Katanya, turut dicadangkan ialah penubuhan Pusat Penyelarasan ASEAN, ataupun ASEAN Coordinating Center (ACC), yang akan beroperasi di Indonesia.
Sementara itu, beliau juga dimaklumkan Indonesia telah mengerakkan 3,000 anggota polis dan tentera bagi mengawal aktiviti pembakaran terbuka di negara itu.
"Saya yakin, berdasarkan pendekatan proaktif yang diambil kerajaan Indonesia, masalah jerebu di negara ini dijangka tidak seburuk tahun lalu," kata Wan Junaidi dalam sidang media selepas mesyuarat itu.
Katanya lagi, pada 2015, Malaysia telah menyalurkan bantuan kepada Indonesia, termasuk meminjamkan tiga pesawat Bombardier bagi membantu mengawal kebakaran hutan di negara itu, serta menghantar anggota bomba berkemahiran tinggi.
Menteri-menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dari negara ASEAN juga bersetuju bagi mesyuarat persidangan seterusnya akan diadakan di Brunei Darussalam pada 2017.
Topic Berkaitan
#jerebu
#Negara Anggota ASEAN
#Pelan Hala Tuju ASEAN
#Pencemaran Jerebu
#Wan Junaidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan