NATIONAL
ASEAN: Sarawak bakal jadi negeri berpendapatan tinggi, peneraju ekonomi hijau Asia

Abang Johari (foto) menegaskan Sarawak telah mencatatkan pertumbuhan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sarawak bakal muncul sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030 sambil memainkan peranan utama dalam peralihan tenaga hijau serantau.
Ringkasan AI
- Sarawak dijangka mencapai status negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030 dengan unjuran ekonomi meningkat kepada RM282 bilion, dan telah pun melepasi ambang pendapatan per kapita tinggi sejak 2020 menurut Bank Dunia.
- Negeri ini memainkan peranan utama dalam peralihan tenaga hijau serantau melalui pembangunan hidrogen, teknologi penangkapan karbon (CCUS), serta kerjasama tenaga merentas sempadan dengan Sabah, Brunei dan Kalimantan.
- Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari, turut menekankan kepentingan pembangunan modal insan melalui pendidikan teknikal percuma dan universiti milik negeri, sambil mengekalkan kelestarian bandar seperti Kuching yang diiktiraf antara bandar paling bersih di dunia.
Beliau turut menegaskan Sarawak bertekad untuk memanfaatkan kekayaan sumber semula jadinya, termasuk air dan gas asli, bagi memacu transformasi ke arah ekonomi karbon rendah.
“Negeri ini kini diiktiraf sebagai antara peneraju serantau dalam pembangunan hidrogen sebagai sumber tenaga bersih, serta dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi penangkapan dan penyimpanan karbon (CCUS).
“Kami bermula dengan penggunaan 60 kilowatt jam bagi menghasilkan hidrogen. Kini, melalui kerjasama dengan syarikat teknologi dan kemajuan dalam teknologi membran, penggunaan tenaga berjaya dikurangkan kepada 10 kilowatt jam,” katanya lagi.
Menurut beliau, Sarawak terus menarik perhatian di peringkat antarabangsa, dengan jemputan ke forum tenaga dan perubahan iklim di Eropah, Jepun, Singapura, dan Brazil.
Abang Johari turut mengumumkan usaha memperluas infrastruktur tenaga merentas sempadan, termasuk kerjasama dengan Sabah, Brunei dan Kalimantan dalam membentuk jaringan tenaga serantau yang mampan.
Dalam perbincangan mengenai kelestarian bandar, Abang Johari menyebut bahawa Kuching kini tersenarai sebagai salah satu daripada 14 bandar paling bersih di dunia oleh sebuah agensi antarabangsa.
“Kami perlu mempertahankan pencapaian ini demi kesihatan rakyat dan generasi masa hadapan.
“Sarawak memiliki kekayaan kapital semula jadi. Yang kita perlukan ialah kapital manusia. Sebab itu kita wujudkan universiti milik negeri dan pendidikan teknikal percuma,” jelasnya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami