awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye mainkan peranan signifikan untuk keamanan, kestabilan global - Menteri Luar Montenegro
M7: SRG akhiri saingan di tempat ketiga
Salji dan hujan lebat ragut 61 nyawa di Afghanistan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Beijing putuskan kes pampasan MH370

Bernama
Bernama
08/12/2025
20:45 MYT
Mahkamah Beijing putuskan kes pampasan MH370
Pampasan meliputi ganti rugi, kos pengebumian, ganti rugi tekanan emosi, kerugian lain serta kos berkaitan berjumlah lebih 2.9 juta yuan (kira-kira US$410,000) bagi setiap kes. - Gambar fail/BERNAMA
BEIJING: Sebuah mahkamah di Beijing telah membuat keputusan berhubung tuntutan pampasan yang difailkan oleh keluarga beberapa penumpang pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada 2014, menurut Mahkamah Tinggi Rakyat Beijing dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Mahkamah di Beijing memutuskan tuntutan pampasan keluarga penumpang MH370 yang hilang pada 2014.
  • Lapan kes diputuskan dengan defendan perlu bayar pampasan melebihi 2.9 juta yuan setiap kes.
  • Sejak 2016, keluarga penumpang hilang telah memfailkan 78 tuntutan mahkamah menuntut ganti rugi dan penubuhan dana mencari dan menyelamat.

Lapan kes yang diputuskan kali ini melibatkan lapan penumpang.
Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang pada Jumaat mengarahkan defendan membayar pampasan kepada plaintif selaras dengan Konvensyen Montreal dan undang-undang China yang berkaitan.
Pampasan itu meliputi ganti rugi, kos pengebumian, ganti rugi tekanan emosi, kerugian lain serta kos berkaitan berjumlah lebih 2.9 juta yuan (kira-kira US$410,000) bagi setiap kes.
Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014.
Sejak 2016, ahli keluarga kepada 75 penumpang yang hilang telah memfailkan 78 tuntutan mahkamah secara berperingkat, menuntut ganti rugi dan menyeru penubuhan dana mencari dan menyelamat, antara tuntutan lain, terhadap Malaysia Airlines dan beberapa defendan lain, menurut mahkamah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MH370
#Mahkamah Beijing
#pampasan
#Malaysia Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan