awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN tidak boleh jadi pemerhati pasif dalam landskap global yang mencabar - PM Anwar

Bernama
Bernama
24/09/2025
14:15 MYT
ASEAN tidak boleh jadi pemerhati pasif dalam landskap global yang mencabar - PM Anwar
Anwar ketika berucap pada Makan Malam Gala sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan di Taman Botani Perdana hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: ASEAN tidak boleh menjadi pemerhati yang bersifat pasif dalam menghadapi cabaran ekonomi dan geopolitik global, sebaliknya perlu memimpin usaha membina daya tahan dalam kalangan negara anggotanya yang kini menaungi lebih 600 juta penduduk, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri yang menegaskan perkara itu berkata blok ini bukan sahaja perlu bertindak balas malah juga perlu melangkaui ketika memimpin usaha memperkukuh rantaian bekalan, memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), melabur dalam kelestarian serta menerima guna inovasi.
"Dengan kesepakatan ASEAN, saya percaya kita mampu mengangkat semula kekuatan ekonomi, bukan sahaja Malaysia malah juga rantau ini sebagai rantau yang penting dan kritikal dalam menghadapi ujian dan utamanya menjadikan kekuatan ekonomi sebagai kekuatan asas," kata beliau ketika berucap pada Makan Malam Gala sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan di Taman Botani Perdana di sini, hari ini.
Anwar turut mengalu-alukan cadangan bagi mengadakan Mesyuarat Bersama Menteri-Menteri Luar dan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN yang pertama seumpamanya bulan depan, dan menyifatkannya sebagai satu inisiatif yang berani dan tepat pada masanya.
"Ini mencerminkan iltizam ASEAN untuk menangani masalah geopolitik dan geoekonomi yang saling berkait dengan perpaduan serta kepaduan berinstitusi," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#rantaian bekalan
#masalah geopolitik
#cabaran ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan