NATIONAL
ASEAN25: Robohkan tembok halangan integrasi ASEAN atas prinsip neutralisme - Penganalisis

Kerjasama ASEAN atas prinsip neutralisme tanpa cenderung kepada kuasa asing akan memastikan pembangunan yang saksama. - Gambar fail/Astro AWANI/Luqman Hariz
KUALA LUMPUR: Sikap negara-negara ASEAN yang melihat aspek kerjasama serantau hanya terbatas kepada keuntungan dalam sempadan domestik perlu dileraikan.
Ringkasan AI
- Kerjasama Serantau Perlu Melepasi Kepentingan Domestik: Negara-negara ASEAN digesa untuk tidak melihat kerjasama serantau hanya dari sudut keuntungan dalam sempadan masing-masing.Neutraliti ASEAN Perlu Dikekalkan: ASEAN disaran mengekalkan prinsip neutral tanpa berpihak kepada kuasa besar dan menjadikan semua pihak sebagai rakan kerjasama strategik.Malaysia Sebagai Pemacu Neutraliti Serantau: Malaysia disaran memainkan peranan utama dalam memperkukuh neutraliti strategik ASEAN.
“Sepatutnya, neutralisme ini datang dengan nilai. Sekarang, kerjasama yang ada di peringkat antarabangsa dan serantau hanya bersikap transaksi – kepentingan domestik yang menjadi ukuran utama,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Dalam pada itu, Felo Penyelidik IKMAS UKM, Dr. Muhammad Azwan Abd Rahman berpandangan, Malaysia perlu memainkan peranan utama sebagai pengikat negara-negara ASEAN atas prinsip neutralisme tersebut.
"Kita perlu tegaskan bahawa ASEAN tidak boleh jadi pak turut kepada mana-mana kuasa. Malaysia mesti perkukuh neutralisme strategik ASEAN, menyatukan pendekatan diplomasi serantau.
“Kita tidak tunduk kepada mana-mana dominasi. Ya, proksi (kuasa besar dunia) ada (di Asia Tenggara) tetapi kita boleh berusaha ke arah (bebas daripada pengaruh kuasa asing) itu. Kita angkat prinsip hidup damai, kebebasan dan jamin integriti wilayah,” katanya.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 akan berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini di ibu negara.
Sidang ini dilaksanakan serentak dengan Sidang Kemuncak Kerjasama ASEAN-GCC dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC + Chin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami