Persempadanan maritim antara negara-negara anggota ASEAN perlu dimuktamadkan dengan segera sebelum kesatuan itu berdepan dengan kuasa besar yang menuntut Laut China Selatan, China.
Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli berkata antara permasalahan maritim yang gagal diselesaikan termasuk penentuan sempadan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) antara Malaysia dan Indonesia.
“Bagaimana kita nak mendepani seekor ‘raksasa’ yang saya andaikan sebagai China, sebuah kuasa besar - kalau kita tidak boleh mendepani rakan-rakan kita (ASEAN) yang lebih kurang sama saiz. Jika dengan Indonesia, kita tidak berjaya menyelesaikan masalah sempadan maritim EEZ di Selat Melaka, di Ambalat dan di Tanjung Pengelih.
“Jika dengan Singapura, kita masih lagi belum menyelesaikan isu had pelabuhan Johor di Selat Johor, termasuk isu Pedra Branca. Jadi saya rasa kalau kita ingin bergerak ke arah yang betul, kita perlu selesaikan masalah sesama ASEAN dahulu.
“Apabila kita boleh menjadi rukun, dan kita boleh bersatu - sebab ASEAN ini kalau kita bersatu, ia akan menjadi sebuah rantau yang kuat dengan kapasiti yang lebih. Kalau kita bergerak sendiri, saya rasa sampai bila pun dari nenek moyang sampai cucu cicit kita nanti pun, perkara ini tidak akan selesai,” katanya kepada Astro AWANI.
Dalam masa sama, Mohd Hazmi melihat sekiranya tuntutan Laut China Selatan tidak diselesaikan segera, China ‘boleh’ boleh mengatakan bahawa mereka mempunyai kedaulatan ke atas Laut China Selatan setelah meletakkan aset ketenteraan dan mengawal kawasan sembilan garis putus.
Ujarnya, walaupun tuntutan ke atas Laut China Selatan hanya dibuat oleh empat negara anggota ASEAN itu Malaysia, Brunei, Filipina dan Vietnam, namun ia kekal sebagai masalah serantau yang harus didepani bersama sebagai sebuah kesatuan.
“Ini harus dilihat sebagai masalah serantau kerana ia melibatkan China dan apabila China menuntut kawasan tersebut, kita semua (ASEAN) akan menjadi negara-negara yang bersempadan dengan China yang mungkin kita tidak mahu perkara itu berlaku.
“Jadi ini ini bukan masalah empat negara ASEAN yang mempunyai tuntutan ke atas Laut China Selatan, ia adalah masalah ASEAN secara keseluruhannya. Jadi kita kena bersatu hati dalam perkara itu dan tapi untuk membolehkan perkara ini berlaku kita perlu rukun sesama jiran kita dahulu,” jelasnya.
Menurut Mohd Hazmi, platform ASEAN perlu digunakan sebaiknya dan bukan hanya menjadi sebuah platform retorik yang gagal mencapai memperjuangkan tujuan utama penubuhannya.
“Bagaimana kita (rakyat) ingin mereka (ASEAN) menyelesaikan sebuah masalah yang besar sekiranya kita gagal menyelesaikan masalah yang kecil. Jadi kalau kita bergerak bersendirian, apa yang kita hanya boleh buat adalah duduk diam dan melihat kapal-kapal (perang China) dan kita hanya boleh melaungkan bahawa ini adalah tuntutan kita. Tapi apalah ertinya.
“Apakah maksudnya? Jadi oleh itu ASEAN wujud. Tapi kalau platform ASEAN tidak digunakan secara maksimal bagaimana kita hendak mendepani masalah yang lebih besar,” tegasnya.
Justeru, beliau berharap supaya Malaysia memainkan peranan lebih besar di pentas ASEAN supaya dapat berdepan tuntutan China dengan lebih komprehensif.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Aug 08 2019
Sekiranya tuntutan Laut China Selatan tidak diselesaikan segera, China 'boleh' mengatakan bahawa mereka mempunyai kedaulatan di situ. - Reuters/File Photo
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
MATRADE perkasa syarikat pertengahan dengan misi penerapan pasaran ke Vietnam
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengetuai lima syarikat peringkat pertengahan tempatan (MTC) untuk mengikuti Misi Penyerapan Pasaran ke Vietnam.