KUCHING: Kerajaan tidak akan berkompromi dalam membela hak serta kedaulatan negara terutamanya dalam mendepani tuntutan pihak yang mengaku sebagai waris kumpulan Sulu terhadap aset-aset negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pendirian negara kekal, walaupun perlu berdepan dengan tuntutan mereka di negara-negara yang berbeza.
"Pada masa sama Kerajaan juga sedang meneruskan usaha memberi kesedaran pada negara-negara Eropah lain (yang mempunyai aset negara) untuk mengatakan tuntutan ini tidak berasas.
"Tuntutan ini seolah-olah ingin mengugut negara kita dalam konteks ekonomi kerana mereka mungkin ada 'funder' yang melihat ada peluang untuk dapatkan keuntungan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Hari Kanser Sedunia peringkat Parlimen Petra Jaya di sini, hari ini.
Semalam, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dalam kenyataannya menegaskan bahawa tuntutan oleh pihak berkenaan terhadap dua anak syarikatnya di Luxembourg (Luxcos) sebagai tidak berasas, dan akan terus mempertahankan kedudukannya di sisi undang-undang.
Kenyataan itu merujuk kepada laporan media mengenai tindakan Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu ke atas dua anak syarikat Petronas itu pada minggu ini.
Laporan agensi berita Reuters bertarikh 16 Feb dengan tajuk 'Petronas units in Luxembourg seized again in US$15 billion arbitration dispute,' yang menyatakan bahawa bailif mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu bagi unit terbabit, minggu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2023
Fadillah berkata pendirian negara kekal, walaupun perlu berdepan dengan tuntutan mereka di negara-negara yang berbeza. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kunjungan dua kapal China ikut saluran rasmi, protokol - Exco
Kunjungan dua kapal latihan dari China bersama pelajar dari Naval University of China ke Pelabuhan Pulau Pinang mengikut saluran rasmi.
Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.
Mempertahankan kedaulatan negara, tanggungjawab bersama rakyat berbilang kaum - Sultan Nazrin
Tanggungjawab mempertahankan negara daripada ancaman musuh perlu dipikul secara bersama, titah Sultan Nazrin.
Malaysia bukan boneka mana-mana kuasa asing, amal dasar luar pragmatik - Penganalisis
Kritikan The Economist seolah-olah menggambarkan Malaysia selama ini ialah negara yang liberal dan menyokong semua dasar Barat.
Laporan RCI berkaitan Batu Puteh akan dibentangkan di Parlimen - Azalina
Jemaah Menteri prihatin terhadap isu kedaulatan negara dan membuat keputusan supaya Laporan Suruhanjaya ini dibentangkan di Parlimen.
Kedaulatan Sabah dalam Malaysia akan dipertahankan - Hajiji
Kerajaan Sabah menyokong pendirian tegas kerajaan Persekutuan dalam mempertahankan kedaulatan negara dan menolak sebarang tuntutan terhadap Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Tuntut Sabah: Setiap inci kedaulatan negara dipertahan, tiada tolak ansur - PM Anwar
Kerajaan akan terus mempertahankan setiap inci kedaulatan negara dan tidak sesekali bertolak ansur terhadap sebarang tuntutan, termasuk yang berkaitan Sabah.
Masyarakat perlu hayati pengorbanan pejuang terdahulu - Sultan Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya masyarakat sentiasa menghayati pengorbanan pejuang tanah air terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
RCI Batu Puteh tambah baik isu kedaulatan negara, bukan cari salah - Azalina
Penubuhan RCI untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah bagi mencari jalan penyelesaian serta mengorak langkah penambahbaikan berkaitan.
Jadikan wira negara terkorban pembakar semangat - Ketua Polis Johor
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pengorbanan wira negara itu juga harus dijadikan pembakar semangat bagi rakyat negara ini dalam mempertahankan tanah air daripada pengkhianat.