awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR guna helikopter hantar peti undi ke pedalaman
Thaipusam: Keputusan hentikan muzik pada 11 malam dibuat atas sebab keselamatan - LWHPP
Hasrat Zii Jia beraksi di All England 2026 tidak kesampaian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASF: Penternak diingatkan tidak guna nama ladang lain untuk pindahkan babi - JPV P. Pinang

Bernama
Bernama
20/08/2025
12:41 MYT
ASF: Penternak diingatkan tidak guna nama ladang lain untuk pindahkan babi - JPV P. Pinang
Penternak dan peraih juga dilarang untuk memindahkan babi yang sakit atau telah disahkan positif penyakit itu ke rumah sembelih. - Gambar hiasan
TASEK GELUGOR: Penternak dan peraih babi di Pulau Pinang khususnya di Kampung Selamat, di sini diingatkan supaya tidak menyalahgunakan Akuan Kebenaran Pindah (AKP) untuk memindahkan ternakan mereka menggunakan nama ladang lain bagi mengelak penularan penyakit demam babi Afrika (ASF).
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata mereka juga dilarang untuk memindahkan babi yang sakit atau telah disahkan positif penyakit itu ke rumah sembelih.
"Tindakan itu bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah berisiko tinggi menyebarkan jangkitan ASF ke ladang dan kawasan lain kerana setakat ini babi yang dijangkiti penyakit itu dalam keadaan terkawal dan diharap tidak berlaku penularan.
"JPV turut meningkatkan penguatkuasaan dan pemantauan rumah sembelih seterusnya menjalankan survelan serta pemantauan berterusan bagi memastikan ladang lain kekal bebas ASF," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata sehingga kini, empat ladang di Kampung Selamat telah disahkan positif ASF dan 21 sampel babi yang disembelih di rumah sembelih telah disahkan positif ASF.
Saira Banu berkata hasil siasatan dan persampelan mendapati semua ladang yang dikaitkan dengan kes positif di rumah sembelih adalah negatif di peringkat ladang, kecuali satu ladang di Kampung Selamat.
Beliau berkata bagaimanapun ternakan babi yang disahkan positif di ladang itu tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda klinikal penyakit ASF dengan ternakan berkenaan telah dikuarantin selama 14 hari dan ujian semula juga menunjukkan keputusan negatif.
"Oleh itu, jumlah ladang positif ASF kekal empat dan setakat ini, sebanyak 351 ekor babi telah mati di ladang manakala 1,709 ekor telah dilupuskan menggunakan kaedah gas CO2 melibatkan empat ladang yang disahkan positif ASF," katanya.
Pada 12 Julai lepas, tiga ladang babi di Kampung Selamat di sini disahkan positif ASF berdasarkan keputusan ujian makmal oleh Makmal Veterinar Zon Utara, dengan dua daripadanya menunjukkan kadar kematian ternakan yang tinggi sebelum satu lagi ladang disahkan dijangkiti ASF pada 27 Julai lepas.
Kampung Selamat mempunyai 63 ladang babi melibatkan kira-kira 120,000 ekor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASF
#pindahkan ternakan
#Babi
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar
#JPV Pulau Pinang
#Demam Babi Afrika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan