awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASF penyakit bukan zoonotik, tidak jangkiti manusia - JPV

Bernama
Bernama
29/01/2023
22:45 MYT
ASF penyakit bukan zoonotik, tidak jangkiti manusia - JPV
Kenyataan JPV pada Ahad memaklumkan terdapat kekeliruan berkaitan penyakit ASF iaitu ia penyakit bukan zoonotik dan tidak menjangkiti manusia. -Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Jangkitan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di Negeri Sembilan adalah terkawal dan tiada lagi laporan kematian pada babi hutan mahupun ternakan babi komersial susulan satu kes positif dikesan di Port Dickson, 3 Jan lalu.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan bahawa terdapat kekeliruan yang tular baru-baru ini berkaitan penyakit ASF namun memaklumkan penyakit ASF adalah penyakit bukan zoonotik dan tidak menjangkiti manusia.
"Justeru, orang awam tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke Port Dickson.
"Surat pemakluman yang oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) bertarikh 10 Jan lepas bertujuan memaklumkan kepada orang awam dan pemain industri tentang kes ASF di Port Dickson.
"Ini adalah salah satu langkah yang diambil oleh JPVNS untuk membendung perebakan penyakit ASF di Negeri Sembilan," menurut JPV.
Semalam, Pengarah JPVNS, Dr Kamarulrizal Mat Isa, berkata satu kes tersebut dikesan dari kematian seekor babi hutan jantan dewasa di Ladang Sengkang, Pasir Panjang, Port Dickson.
Sementara itu, JPV meminta semua pihak agar tidak menularkan berita tidak tepat dan segera merujuk kepada jabatan itu bagi mendapatkan maklumat lanjut atau merujuk kepada poster atau video yang telah dihebahkan bagi meningkatkan lagi kesedaran berkaitan penyakit ASF.
Penternak dan orang awam turut diminta melaporkan sebarang kematian babi hutan, babi kampung atau babi komersial kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berdekatan atau menerusi hotline Bilik Pengurusan Krisis Penyakit, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya di talian 03-8870 2041 atau JPVNS di talian 06-762 8857.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Port Dickson
#Ladang Sengkang Port Dickson
#JPVNS
#zoonotik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan