KUALA LUMPUR: Aspek kebersamaan kerajaan dan masyarakat atau 'whole of government and society' dijangka dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan negara dalam menghadapi situasi terkini pandemik COVID-19.
Selain itu, jelas Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, isu peniaga juga akan diberi perhatian bagi memastikan setiap rakyat dapat memulakan kehidupan baharu menjelang fasa endemik nanti.
"Penting kita nak satu cara yang boleh membuka seluasnya ruang untuk orang seperti ini (peniaga) memulakan kehidupan baharu untuk mereka.
"Jadi mereka boleh dapatkan dan berada dalam keadaan baik dan pendapatan boleh sara hidup. Sebab itu MPN yang akan saya pengerusikan mesyuarat pertama mungkin minggu hadapan, akan ditetapkan tarikh. Kita akan bincang semua perkara," jelasnya.
Tambah Muhyiddin, aspek ekonomi, sosial, pendidikan, kebudayaan dan lain-lain lagi akan turut diberikan perhatian sewajarnya dalam MPN.
Terdahulu, Muhyiddin petang tadi mengadakan lawatan di kawasan peniaga kecil di di Seri Rejang, Setapak Jaya di sini.
Pada pemerhatiannya beliau mendapati aktiviti perniagaan mula menunjukkan pemulihan.
"Nampak makin ceria, makin ramai mula berniaga, satu petanda proses pemulihan ekonomi negara telah bermula. Saya tanya pendapatan mereka, ada yang dapat RM200 hingga RM300 sehari, ada yang RM3,000 hingga RM4,000 sebulan dan keduanya mereka tidak dikenakan apa-apa bayaran.
"Jadi saya fikir cara telah diuruskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) amat baik, zaman orang susah jangan kenakan apa-apa bayaran, kerajaan rugi sedikit," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata kerajaan telah membelanjakan lebih RM530 bilion dalam pakej-pakej rangsangan sebelum ini bagi memastikan setiap rakyat mendapat manfaat.
Fareez Azman
Mon Sep 06 2021
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika meninjau aktiviti perniagaan di Seri Rejang, Setapak hari ini.- Foto BERNAMA
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
SPRM peroleh perintah larang akses harta sejumlah AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sejumlah AS$340 juta (RM1.5 bilion), yang ada dalam simpanan Pejabat Dana, Mahkamah United Kingdom.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN)
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.